Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 26, 2011

CD20 ,7dpiui

xtau nk tulis apa.
siapa kate senang nk survive 2ww? susah (T___T)


Thursday, October 20, 2011

masyarakat yg semakin sakit (T__T)

aku xtahu apa la yg ada dalam fikiran orang2 yg aku ibaratkan sakit mental nie.
harituh berita bapa liwat baby dia yg umur dia 23 hari. 23 hari ok. ya allah.. apa punye orang la nie. mmg xterfikir dek akal kenapa wujud orang macam nie. dua puluh tiga hari ok umur baby tuh. terlalu kecil. terlalu naif. kejam!

2 3 hari lepas, baca pasal budak yg kene langgar van dekat china tuh. mana la pegi semua perasaan syg, simpati org2 yg lalu lalang disitu. walau anjing/kucing sekalipon, kejadian sebegitu tidak harus dibiarkan. entah mana pergi simpati. kasihan. semakin dekat akhir zaman ke. kesian budak tuh. kesian sangat!

semalam baca pasal bayi yg dikelar. bayi tuh baru sangat dilahirkan. apa la dosa dia. kenapa perlu diperlakukan macam tuh. memang sudah tak ada rasa simpati dalam diri emak dia. entah mana hilang. masyarakat kita semakin sakit! ini bkn perkara main2. sudah terlalu byk kejadian sebegini.

itu belum lagi cerita pasal bayi yg diletak di dalam pam tandas. byk idea mereka kan. ada sahaja tempat yg mahu dicuba.

aku diuji masih belum mempunyai zuriat sendiri. mengalir air mata, mengigil badan membaca cerita begini. tidak sayangkah kepada bayi kecil itu? betapa mudah mereka ini yg dikurniakan anak membuat sebegitu rupa. sampai hati...

kita selagi terdaya cuba halang kejadian ini dari berulang yer? mmg perlu jaga tepi kain org kadangkala.

Wednesday, October 19, 2011

prosedur



td sampai sana pukul 9.15
9.25am husben kene kasik sperm
lepas tuh kami pegi makan.
dalam pukul 10.45am aku dtg semula dan terus kene panggil tuk prosedur. + salin baju
11am.masuk OT. aku kene buat iui guna OT sb erm..aku retroverted uterus. dari iui#1 harituh da bitau, kalau aku proceed iui#2, mmg kene guna billik OT. lebih senang. kalau dulu aku buat iui secara baring biase, kali nie aku buat iui dengan badan 45darjah. condong kebawah. kedudukan kaki lebih tinggi dr kepala. dapat imaginasi x? bila da guna bilik OT, baju pon mesti la baju OT kan.
dari pukul 11-12.30pm aku tunggu untuk pundi kencing penuh. lama kan. padahal da rs nk terkucil da.
12.30pm setat prosedur.
12.45pm siap
kene tunggu setengah jam utk baring. 1.10pm lebih kurang, aku keluar dari OT

aku dibekalkan duphastron utk 3minggu. dtg semula pd 09.11
sy tawakal utk semua perancangan akan dtg dr Nya. mintak doakan yer. :)

cost harini : rm 816
total cost iui#2 : rm 1986



Monday, October 17, 2011

suntikan (pregnyl)

tepat pukul 10.30pm td, aku inject pregnyl nie.
insyaAllah, rabu akan buat iui.
harap semua berjln lancar.


cost : rm 130 (pregnyl+consultation)

folikel scan (CD11)

baru balik dr FS td.
result ?
kiri = 18mm (before: 12mm) , 21.5mm (before : 15mm), 14mm
kanan = 19.5mm (before : 14mm)

*before : adalah FS pd CD9