Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ~motivation. Show all posts
Showing posts with label ~motivation. Show all posts

Monday, June 4, 2012

kecewa. dugaan. semangat. dan semuanya

penat kan bila semua yg kita buat, semua xdpt hasil yg kita harap
letih bile kita kena tahan emosi bila usaha kita masih xberhasil
rasa macam nk putus asa tp xboleh
kalau putus asa + sudah xdaya nk berusaha, lg la xde sebarang harapan
sekurang2nya kita perlu usaha supaya kita masih punya harapan

kalau ada, ada lah nanti. kdg2 rs nk cakap macam tuh
tp betul ker kita mampu hadapi kalau mmg betul2 xde?
aku xsanggup
:)

kalau boleh dikumpulkan kecewa org lain, mau aje aku ambil kecewa dr suami
biar aku sorang aje yg kecewa + sedih
tp bile di fikir2, perkahwinan kan suatu perkongsian?
mana mungkin kita mampu hadapi sesuatu seorang diri
jd en suami, kita kongsi rs sedih sama2 bile usaha kita xberjaya ok
tp kene janji kita akan kongsi semangat utk cuba kembali sampai berjaya jugak tau :)

aku yakin ada org yg lebih diuji dari aku
aku juga yakin Allah rancangkan sesuatu yg lebih baik tuk kami berdua
kami berdua yakin pada Allah

kdg2 aku terfikir, sudah habis berusaha ke aku?
sudah benar2kah aku memohon kepadaNya tentang niat kami?
mungkin masih byk kurang di sini sana
aku pon xtahu
sebab tu doa kami masih belum termakbul  :)

aku berharap doa aku agar kami berdua teguh selamanya dimakbulkan
itu yg paling penting
andai mmg ujian ini takde noktah, aku cuma mahu en suami sampai tua
sampai bila2 
sampai hujung nyawa :)

aku rs xperlu aku imbas apa yg silap sepjng usaha yg lepas
fokus pada usaha yg akan dilakukan di masa depan adalah lebih baik
aku masih belum gagal. aku hanya berdepan 1001 cara yg tak mendtgkan hasil setakat nie
eh..mcm pernah dengar plak ayat nie ;)

doakan kami
kami xputus asa. 
semua org ada masa susah dan senang
adat hidup
doakan kami moga diberi kesempatan miliki zuriat secepat mungkin
aku doakan semua yg TTC dipermudahkan semuanya jua

dan iya.. aku bersedia utk bermula lagi! :)


nota kaki : berehat seketika bln ini. mahu ke krabi, phuket dan hatyai. doakn kami. 1st time memandu ke sana. sblm nie naik flight je. harap selamat. TTC utk bln ini cuma menghabiskan pil/vitamin yg masih berbaki :)

Tuesday, May 22, 2012

duit oh duit

 treatment infertility, mmg byk sgt pakai duit kn :)
tiap2 bln duit gaji, mmg ada peruntukan utk buat treatment yg kami asingkn
tiap2 kali bonus mmg akan ada peruntukan utk treatment yg besar (cth iui)
kdg2 terbyg seronoknya kalau duit tu boleh guna utk buat bende lain
bkn 1-2ribu yg perlu diasingkan utk tujuan ini. iui sekali buat pon sudah hampir 2.5k
kalau setahun mahu buat 3kali, kan da dkt 8ribu tuh?
 itu blom masuk supplement, baya org urut, cuba itu.cuba ini.

kalau boleh claim company lain. keje swasta dan treatment macam nie, mmg biasanya xboleh claim langsung
org TTC mmg byk duit eh?

dalam pd tuh aku bersyukur, andai ada rezeki aku utk jd ibu nnti, peruntukan treatment itu akan bertukar menjadi peruntukan utk baby
budget bulanan berjalan spt biasa. tidak berubah.
sudah xperlu pening2 utk buat buat peruntukan semula 
kan hikmah? :)

aku pernah ajukan soalan ttg isu duit pd DH
DH pernah ckp, duit boleh carik. usaha sahaja selagi boleh.
betul.
tp melihat duit yg mengalir bersama keputusan yg tidak memberangsangkan kdg2, sedikit sbyk mmg mengugat iman kn

aku akui, org yg TTC nie mmg diuji kuat
emosi mmg sudah pasti. masa dan duit juga.
tp aku juga yakin dalam setiap usaha, pasti akan ada sinar
cuma masanya sj yg sukar diramal

tentang duit. insyaAllah pasti akan ada rezeki utk tujuan ini. 
pd rakan2 TTC, jgn pernah ckp kurang duit utk buat treatment
Allah uji. pasti Dia juga akan tjk jalan. 
kita usaha kuat2 ok :)




Wednesday, November 23, 2011

bergantung kepada Allah



suke video nie

"Tapi aku tak boleh hidup sorang macam ni!"
"memang tak boleh, selagi kau tak bergantung pada yang tak mati~"

sangat memberi kesan :)

dan iya..Allah maha mengetahui. semua :)

Thursday, November 10, 2011

terima kasih.

mengalir airmata sy baca ucapan tahniah dr kwn2 TTC
terlalu bermakna. sangat memberi kesan. indah.
sygnya pada rakan2 TTC semua.
terima kasih atas doa semua
perjalanan sy masih panjang
sy juga tidak tahu kesudahannya

sy pernah mengalami kegagalan pd trimester pertama yg lalu
dan sy berdoa kpd Allah agar sy diberi peluang utk tidak melalui pengalaman yg sama
doakan sy
doakan sy
doakan sy

sy cuma mahu ceria :)

utk kwn2 yg tidak pernah berhenti berjuang, sy yakin rezeki kamu pasti akan sampai.
sy doakan agar dipercepatkan bahagia itu utk semua
jika tidak berjaya, kamu perlu bangun dan mula semula yer. mmg susah. sangat susah. sy rs apa yg kamu rasa. cuma ... jgn pernah berhenti berjuang yer. sy syg rakan2 TTC semua. seluas langit.

Monday, September 19, 2011

tekanan itu penting

terus terang aku ckap, aku xberapa nk berasa terlalu tertekan bila bicara pasal TTC
sebab?
alhamdullilah suami adalah supporter nombor satu
mak ayah xpernah pressure
PIL xpernah pressure
ipar duai yang sangat memahami wpon mereka xalami situasi macam aku
jiran yang memberi sokongan sb dia juga melalui fasa treatment utk mendpt cahayamata
eh..bkn aku xpernah rasa tertekan. mana ader org ttc xrasa tertekan kan
cuma aku rasa tekanan itu kurang
dari sudut ini, aku bersyukur
oleh sebab orang sekeliling xmemberi tekanan, aku sering bertindak memberi tekanan pada diri sendri. over kan? tuh yang kadang2 sayu xpasal2.

bg aku, mak ayah dan PIL aku byk memberi sokongan moral. kalau ada dkt tv pasal treatment2, dicatat no telefon dan diberi pada aku. mana tau aku nk cuba. kalau ader mendengar tukang urut yang bagus, direkemen utk aku cuba. bagi aku, itu bkan tekanan. itu sokongan.

aku kurang disajikan dgn soalan2 menusuk jiwa tiap2 raya atau apa saja keraian. sebab tuh aku balik dengan senang hati selalu, bila aku menulis ini, kebykkannya bkn terjadi pada aku. mungkin fitrah aku ni yg suka menjawap secara merapu2, atau kdgkala kata2 aku lebih tajam dari pisau yg baru diasah?, atau kdgkala aku terlalu bersangka baik pd org yg bertanya menyebabkan aku kurang rasa tertekan?? entah la..

tp tekanan itu penting. sangat penting.

macam exam. kalu cikgu, mak ayah kita xberi tekanan, kamu ingat, kita nk berteleku ulangkaji? siapkan kerja rumah? baik tgk cite kasih alia yang byk kontroversi tuh. betul kan?

sape2 yang selalu diberi tekanan xkira dari mana sudut, dari siapa atau bagaimana cara, kamu patut bersyukur. walau kadang xtertelan pahitnya. da berjurai airmata. dan berguni sumpah seranah yang dipendam, akhirnya kamu jadi apa? kamu jadi kuat kan. kuat utk berusaha. kuat utk membuat treatment. kuat utk makan ubat. sebab apa? sebab kamu nk buktikan yang kamu juga layak utk dipanggil ibu, mama, ummi, ma. kamu tau dari mana dtg kekuatan itu? dari tekanan. kwan2 yang sangat jengkel. masyarakat yang tidak pernah mau mengerti. keluarga yang hanya menambahkan sakit hati. dalam xsedar, itu sebenarnya sumber kekuatan.

macam aku nie, sampai terpaksa mencari tekanan. sb tekanan itu bagi aku, mendorong aku utk lebih berusaha.

siapa2 yang selalu diberi tekanan, kamu jadikan ia satu motivasi ok. jd lebih kuat. jd lebih gigih berusaha. kita kan orang yg terpilih. mesti ada sebab. mesti ada hikmah.

erm..pandai aku menaip sesuatu yang aku xalami kan. kalau aku diberi tekanan yg melampau nanti, aku pon yakin aku xkan tau macam mana nk hadapi. cuma aku harap, aku dpt lihat semua dari sisi yang lain. dan aku mau kamu percaya tekanan itu salah satu sebab yang buatkan kita lebih tabah.

mulai harinie kalau ada org2 berkata sinis, kamu jgn hanya lihat ia sbg satu tekanan dan terus mengalirkan air mata yer. lihat ia juga sbg satu motivasi utk lebih cekal. lebih kuat. lebih berusaha.
goodnite :)

credit : weheartit.com

Sunday, July 3, 2011

my own cave (not anymore!)

aku rasa aku patut tulis pasal bende ni. sb rupanya ramai yg alami. percayalah, bende nie bkn hanya terjadi kat org2 TTC (certain) shj, org2 lain pon pernah mengalaminye. cuma berbeza sebab, tahap stress dan tempoh masa :)

camnie...pernah xkorang rasa korang berada dalam satu keadaan/tahap di mana korang xmo jumpa orang, korang rasa nk menyendiri. berada dalam dunia korang sendiri. dunia yg dikongsi bersama org2 yg terlalu dekat sahaja dengan korang. dunia yg kecil. dunia yg hanya kamu dan beberapa org yg bole dikira dengan jari kamu sahaja yg duduk? hanya dengan cara nie kamu akan rasa lebih baik. lebih bahagia. tp kamu bukanlah menjadi katak di bawah tempurung. kamu masih kamu. ceria, peramah, baik hati, manis macam gula. macam dulu. sama. cuma kamu hanya mahu mengecilkan populasi org utk kamu berinteraksi. pernah berada dlm keadaan tu? pernah? jujurnye, aku pernah. tp aku sudah melepasi tahap itu.syukur :)

pernah rasa yg kamu xmo pegi kenduri kawen sb nnti byk sangat soalan nk ditanya kepada kamu. pernah rasa xmo balik kg nnti byk soalan2 yg merimaskan muncul? pernah rasa xmo bercakap dengan orang2 tertentu sb mereka xpernah endah hati dan perasaan kamu. pernah? ok yg nie aku xpernah (kot). jujur. cuma kalau aku xpegi kenduri tuh bkn sb aku malas nk jawap soklan bkn2. kdg2 keadaan xmengizinkan. kwn2 aku baik2. kalau dorang tanya bkn2, aku lempang aje sekali. senang.hehehehe :)

apa yg aku nk hghlight kat cni, keadaan camnie (menyendiri) adalah normal. dan normal itu bergantung kepada sebab kenapa kita buat macam tuh. kenapa kita nk berada dalam dunia kita sendiri. bagi aku, mmg satu tahap, satu masa tuh kita nk menyendiri. nk muhasabah diri. nk berfikir apa yg terbaik utk diri. kenal diri kita. kita mahu ruang. ruang yg besar. hanya utk diri sendiri. mahu cari kekuatan. lain orang lain dugaan kan :)

tp kalau sebab kita buat camtuh adalah sebab kita rasa loser, itu yg salah (bg aku la). kita rasa loser sb kawan kite pregnant dulu,kite xdpt bb lg. rasa loser sb kita xkawen2, kita xdapat2 keje lg. jd kita membuat keputusan utk menyisihkan diri. yg nie salah. kita membina tembok dalam diri!

fuhhhhh... da macam ayat buku sastera cum buku motivasi. apa yg aku nk korang paham, tindakan berada dalam dunia kecil itu, kalau di biarkan lama, hanya merugikan. sekejap xpe. dan sekejap itu berapa lama masanya? kamu nilaikan :) andai sudah ader kekuatan yg dicari, andai sudah jumpa haluan yg benar, andai sudah selesai muhasabah diri,itulah masanya. keluarla dr dunia kecil itu :)

hidup kan bersifat sementara. xtau bila kita mati. sedih dan gembira mmg lumrah hidup. semua orang alami. cuma berlaku adil la pada diri. byk lg bende yg gembira utk disyukuri. jgn duduk dalam gua tuh lama2 eh :)

eh ader ker orang phm entry aku nie? assalamualaikum :)