Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ~trying to conceive. Show all posts
Showing posts with label ~trying to conceive. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

usaha diteruskan

azam 2012
aku pernah buat entrynya di sini
planning nya begini :
1. fertilaid
2. darul shifa
3. berurut
4. iui
semua nya adalah planning 1st half 2012.
result?
1. fertilaid (in progress)
2. darul shifa (done)
3. berurut (done)
4. iui

sbnrnya xsaba2 nk buat iui lagi. tp keadaan kerja tidak mengizinkan. masih byk yg perlu di catch up. MC dan amik cuti bukan satu pilihan.

aku teruskan dengan fertilaid. 3 botol. 3 bulan. bermula harinie. doakan :)

Wednesday, January 11, 2012

tiga puluh

angka menginjak ke tiga puluh tahun ini
oh..bln sept 2012 nnti (nak jugak..)
dan iya.. masih belum diberi rezeki anak
boleh tak kamu diluar sana xpayah nk mengingatkan aku yg angka 30 itu sudah harus ada anak
paling koman pon satu?

kalau anak itu boleh dibeli, aku da beli 4 yer

sekian.

Saturday, December 3, 2011

2012

xsampai 2minggu pon
tp terasa lamaaaaaaa sangat x tulis dekat sini

sy berehat. masih menunggu habis darah keluar.
tak ada apa nk update. tuh yg blog ni senyap aje :)

lg bape hari nk habis 2011 kan. kejap nya laa...
2012 diharap mendtgkan lebih bahagia
tentang TTC, sy plan macam nie utk 2012 :
1. makan fertilaid dalam 4bln. sbnrnya nk makan chinese herb. tp DH lebih prefer fertilaid. lgpon, fertilaid harituh blom habis lg. xmo bazir :)
2. pergi berurut
3. darul shifa'
4. dalam bulan 6, sy setat iui semula. lambat sgt?
sbnrnya, january akan mula keje tmpt baru. allah kasik rezeki ni pd sy. syukur :)
tempat baru. kerja baru. boss baru. performance kene tip top kan.
sebab tuh aku xmula iui pada awal 2012. mahu catch up dan kerja kuat2. bila semua da pandai, baru bole planning iui. :)

2012 mmg aku nk buat perubahan dalam hidup.
sb tu aku tukar kerja wpon keje skrang sudah ok
aku make over rumah supaya ada tenaga baru buat kami
aku berazam utk amalkan diet yg betul + seimbang (kurus sgt aku nie. huhu)

aku berdoa agar perjalanan hidup aku pd 2012 berjalan lancar
aku berdoa agar rezeki aku dimurahkan terutama rezeki anak
aku berdoa agar aku akan selalu diberikan kekuatan spjng perjlnn TTC

2012, kamu kene baik dgn sy ok? ;)

Saturday, September 10, 2011

mini update

masih mood beraya kan. blog sini kurang update. blog sana pon 2x 5 :)

oh..fertilaid da makan setat dari 7.9.2011
usaha utk bulan nie
jumpa doc bile setat period next cycle

sekian update utk rujukan kali nie :)


Sunday, August 21, 2011

sunolut & iui

mintak dipermudahkan...



updated : lepas habis makan sunolut, aku merancang utk iui#2. iaitu sept. terburu2 ker? dengan open house lg. dengan nk beraya lagi. berfikiran waras ke aku? yup...waras dan bersedia :) aku da bersedia utk lalui pengalaman iui sekali lagi. cuma persoalan yg timbul, bole ker aku proceed iui slps satu cycle period yg merapu yg hanya berhenti disbbkan sunolut?? erm.. mintak dipermudahkan semuanya....

updated 4/9 : aku biarkn cycle baru bermula. xusahlah iui dalam bln ry nie. tunggu cycle seterusnye (akhir bln sept/awal oct), baru ingt nk proceed.

Friday, August 12, 2011

Norethisterone (sunolut)

susah nye nk sebut tajuk entry nie.
CD18 dan yup masih period. tp bknlah bleeding yg beria2. comel2 aje. tp masih period. dan yup..masih belom pose. td bukak pose (teman suami makan sbnrnye.hehe), terus telan Norethisterone (sunolut) ni 2 biji. da letih nk tunggu dia stop sendiri sbnrnye. mmg awal2 xmo telan pil2 camnie. nk sruh badan naturally stop the bleeding. tp mmg berangan je la. xstop2. last2 terpaksa jugak telan. ish..badan nie..pelik bebenor (T__T)

mungkin ada yg da biaser ngn ubat nie. aku je yg xpernah makan. ni skit info tuk tmbh ilmu :)
sunolut (generic brand name. ader byk brand lain. tp rsnye nie plg glamer). nama sbnr = Norethisterone . dia termasuk dalam kumpulan ubat progestron. kalau tgk picture nie ader tulis sunward kan, itu manufacturer dia.

diguna utk treat abnormal heavy bleeding,period ting tong, nk posponkan period, painful period + PMS simptom. selalu aku baca orang makan pil nie sb period xdtg2. 3-4 bln xdtg period. nk pegi travelling. nk g hajj. mesti doktor kasik ubat ni. kes aku lain skit. aku nk bentikan period :)

cara berfungsi : modify effect of estrogen. wpon aku blaja kej.kimia, tp aku masih la pening nk explain structure dia camne kt korang (ada kaitan ke). hehehe.sila lempang. lebih afdal, sila google. ok yg ni senang paham, aku kopi :
Norethisterone is a progestogen hormone. Progestogens are hormones that sustain the lining of the uterus. Normally at the time before a period there is a fall in the level of progestogen hormone in the body. When it falls below a certain level the lining of the uterus is shed as menstrual period. By taking norethisterone tablets (progestogen) the lining of the uterus is sustained until the tablet is stopped. camtuh la..

sblm amik ubat nie, kene pastikan doktor tau : (ni aku kopi paste je)
* if you are pregnant, trying for a baby or breast-feeding.
* if you suffer from breast or cervical cancer or a family history of this condition.
* if you suffer from liver, kidney, jaundice (yellowing of the skin and whites of the eyes), heart, porphyria or migraine problems.
* if you suffer from depression or thrombosis or have a history of these conditions.
* if you suffer from diabetes mellitus or have a family history of this condition.
* if you suffer with asthma, epilepsy or high blood pressure.
* if you suffer from the skin conditions pruritus or pemphigoid gestationis.
* if you suffer from vaginal bleeding other than your normal monthly period.
* if you have ever had an allergic reaction to this or any other medicine.
* if you are taking any other medicines, including those available to buy without a prescription, herbal and complementary medicines.

kesan sampingan : bloating, berat badan naik (bgsnye kalau betul), pening kepala seperti ada di atas kayangan, depression (aduiiii...ni yg malas nie), muntah2, skin rash, badan panas.

aku dapat stok 2minggu ubat nie. sehari 4 biji. 2 siang. 2 malam. 1 pil = 5mg. kene amik lepas makan. kalau bole amik pada masa yg sama tiap2 hari. selalunye 2-3 hari lepas stop makan pil nie, period akan dtg. kiranya awal sept aku akn period semula sb stok pil 2minggu. tp period tu tidak terlalu byk. tp kalau aku xmo dia dtg early sept, aku bole ambil pil nie lg kt TMC. kiranya kite control bile kita nk period. :)

cuma agak terkilan sedikit dgn period kali nie. period paling pelik. terkilan sb aku sedang berkira2 utk cari masa yg sesuai buat iui#2. sb aku berkobar2 nk try fertilaid tuh. erm...kita merancang :)

harapan? cuma harap lepas makan pil nie aku da xalami period macam nie lg. aku yakin ada hikmah. mungkin lepas nie cycle akan lebih teratur. sbnrnye takut baca side efek pil nie. harap aku xde la teruk sangat nnti. pikir positive. makan clomid pon aku ok. insyaAllah yg nie pon ok :)

xsaba nk puasa besok!

updated: baru telan 4biji, period da berhenti. hebat btol pil nie. Cd19 period stop!

updated 16/8 : side effect? alhamdullilah xde. eh eh..cuma rasa pedih ulu hati jek. kdg2. yg lain nada. badan aku nie mmg semua dia hentam. kebal sungguh. hehehe

updated 29/8 : last telan sonulut : 26/8. period cepat la kamu datang!

updated 4/9 : period keluar on 31/8 maksudnye 4hari lepas habis sonulut. harinie hari ke 5 period dan sudah ada tanda mau berhenti. kejap naa?



Tuesday, August 9, 2011

CD15

CD15 da yup..masih period (T__T)
semalam CD14 pegi jumpa doktor sb tahap kemusykilan sudah tahap max
xpernah period lebih 7hari ..tup tup..harinie da hari ke 14. bile nk setat pose kalu camnie kan. ermm..

lepas buat scan, alhamdullilah xde apa2. xde cyst. xde abnormal ape2. lega sangat denga :)
doktor cakap hormon barangkali. ingt entry nie dan nie. terlebih hormon rupanya. patut pelik bebenor. lgpon mungkin sb pose. yer la wpon aku period, aku tetap xmakan. sama cam org pose. maybe hormon pon terganggu jugak. tp tertanya2 jugak la kan. xpernah jd camnie. nk kata sb fertilaid, aku blom makan lg pon. mungkin hormon dalam badan tgh nk reset kot? redha je la.dibekalkan ubat nie kalau masih period berlarutan. tp aku rasa aku nk tggu sampai hujung minggu nie la. kalau masih period minggu depan, baru aku makan ubat nie. stok utk 2minggu. makan 4biji. 2 biji/meal. darah akan berhenti bile aku setat makan ubat nie. kalau aku makan 2minggu ubat nie, lepas 2 minggu (habis ubat) baru period akan datang. tp darah yg keluar akan sedikit la. mintak2 minggu ni period da stop. xsuke la makan pil tuk berhentikan period :( tp kalau da lebih 14hari da kira darah istihadhah la kan. erm...

cerita lain plak.. en suami nk sibuk2 makan fertilaid jugak. hehehe.dia kata xaci aku makan sorang. dia pon nk jugak. eh awak nie...awak nie comel sangat tau tak??? :)fertiltea + fertilaid (for men)
lepas period da ok + badan da ok, baru aku akan setat makan. sementara waktu nie jd perhiasan je dulu dalam bekas ubat :)



Saturday, July 30, 2011

usaha Ramadhan

smlm beli, harinie da sampai. pantas.
usaha utk bln ramadhan. kene mkn 3biji. tp sb pose, aku makan 2biji/hari. sahur + buka nnti.
wpon ramadhan, TTC tetap berjalan. usaha sblm proceed 2nd IUI :)
appointment dgn doktor dalam bln ramadhan sama dengan takde.
usaha selain doktor, ini salah satunya :)

salam ramadhan semua
moga ramadhan nie dilimpahi seribu hikmah
mintak maaf salah dan silap

lots of luv, JD

Friday, July 29, 2011

kenapa mesti ada symptom itu?

pening kepala
rasa mual
loya
mau muntah
Terasa mau pitam kadangkala
Lapa yang tak masuk akal
Ngantuk spt 10hari tak tido

Apa yg terfikir?
Symptom pregnant?

:)

Semua symptom aku alami masa cycle yg lalu. Aku ingtkan diri yg itu cuma hormone /PMS.
Memang tidak berharap tinggi. langsung.
Mujur.
Tp jauh di sudut hati, aku juga tak berdaya untuk menolak rasa hati yg mengatakan semua itu satu petunjuk petanda berita gembira
Sebab itu cycle lalu mengundang emosi yg tinggi bagi aku
Sangat berdebar
sangat mendebarkan
Berjaya atau tidak menjadi persoalan harian

Kitaran aku = 32 hari.
Hari ke 33 di lalui dengan rasa kurang selesa sb sepatutnye da period
Ada berita gembira ke? hati sedikit berbunga.
Rupanya ptg tuh, aku period :(
satu perasaan yg x dpt digambarkan
Hari yg penuh emosi barangkali
Layak sungguh bergelar drama queen
Kecewa bile rupanya itu bukan petanda berita gembira
Kecewa kerana dipermainkan perasaan sendiri
kecewa..
(T__T)

Faham perasaan itu?
Korang pon mesti pernah alami yg sama bukan?

Jgn salah sangka
Aku tidaklah sampai ke tahap pseudocyesis
Aku masih berpijak di bumi nyata
Tidak tinggi imaginasi
Tidak terlalu berangan2 sesuatu yg tak pasti
Sebab itu symptom yang aku alami tidak terlalu aku endah
Tidak la aku membeli seguni asam utk tujuan menghilangkan mual
Tidak
aku bersyukur aku masih mampu mengawal diri

tp.... aku akui hingga harinie masih berbekas rasa kecewa tu

lagaknya seperti baru harinie hadapi cycle yg xberhasil kan ? :)
padahal.....
cycle lepas, tidak spt cycle yg lain. lain sungguh.
sb tuh kecewa nya jugak agak lain
menguji sungguh
teruji betul

apapon.. aku masih ader semangat tuk berjuang
aku yakin satu hari nnti kitaran nie akan bosan utk dtg
akan tiba masanya
insyaAllah



Wednesday, July 27, 2011

jgn mkn sesukati

jgn makan kangkung!
jgn makan timun!
jgn makan nenas..tajam tuh !!
jgn minum air coke.. kan tajam !!! (again)
jgn makan ais krim..sejuk~~
jgn minum ais!
jgn byk minum teh!!
jgn mkn durian..panas!
dan 1001 perkataan jgn yg sering didengar

sakit telinga x dengar? :)
atau da byk kali sakit hati sb kita sangat menjaga pemakanan tp hasilnya masih tidak ada? terasa macam nk makan je sesukati tanpa perlu pikir 'eh nnti kalau ader bb camne?' kan?
geram tgk org lain sedap aje makan tp kita?
byk yg tak bole.
kalau berjaya xper gaks
ini..???

ha... da nada putus asa tuh

dear..
org TTc mmg mcam tuh. byk yg perlu dikorbankan. masa. duit. ruang. segalanya.
kita korbankan la nafsu makan bende2 yg org ckp xelok tuk kita yg TTC ni
berjaya atau x, itu soal kedua
klu still nk mkn, kurangkn kuantiti/kekerapan pon da ok tau

eceh..bijak aku karang ayt kn ;)

eh tp yg ni aku pon xtahan
aisey...tergugat ni...fav ni...
hahahaha

yummeh ;)

Tuesday, July 26, 2011

bila cycle baru bermula

bila cycle baru bermula maknanya tidak berhasil lah cycle yg lalu
air mata bergenang
sedih
kecewa
segala usaha dirasakan sia2
masih mencari erti hikmah di sebalik kejadian
tertanya2 apa yg salah sehingga di uji sedemikian rupa
sungguh jahat fikiran ini yg mempertikaikan kuasa Allah
Qada dan qadarnye
ketentuanNya
tolong pergi jauh fikiran ini. negatif sangat dirasakan.
tak suke.

cycle baru dimulakan dengan harapan baru
semangat baru
usaha harus dilipat gandakan
doa di panjatkan
andai tidak berjaya, moga semangat ini masih ada
masih sama
tidak hilang. malah makin byk

Allah xmenguji seorang hambanya seandainya dia tau kita xmampu kan?

:)

Saturday, July 16, 2011

soalan recycle zaman berzaman

bile single :

eh bila nk makan nasik minyak nie?
eh bila nk berdua nie?

bila da kawen :

eh bila nk bertiga nie?
da pregnant ker ?
aik....berdua lagi ke?
bila kamu nk kasik cucu kat mak kamu?

bile da ader anak :

eh bila nk kasik adik?
eh bila nk ader sepasang
eh bila nk dpt anak perempuan/lelaki
eh bole sangat ni nk dapat adik. bila lagi?

bile anak da besar :

eh bila nk buat kenduri?
anak kamu dpt orang mana?


cliche :)
soalan zaman berzaman
bile kita di tanya soalan spt di atas, anggap lah sahaja soalan2 itu cuma soalan wajib tanya.
mmg begitu dari zaman berzaman. dari atuk nenek kita lagi
selagi kita xlepasi tahap tuh, mmg soalan tuuuu je la yg akan di tanya
jgn ambil hati

tuh soalan wajib tanya.
wajib tanya utk masyarakat kita.
kita tak bole pilih.

cuma..nk jawap style mana, nada macam mana, mimik muka macam mana
yg tuh kita bole pilih! jawap betul2 k :)

Sunday, July 10, 2011

dengki? tidak. Meluat? 200% ya !

A : adalah org yg mengandung/ org yg kdg2 buat aku rasa cam mintak dilempang
B : samaada aku, atau orang yg berada dalam persekitaran aku atau aku terdengar perbualan.

situasi :

B: aku jalan nie da macam kaki penguin plak (sb kaki B sakit)
A : kaki penguin? orang pregnant jek jalan macam penguin yer. ko belum layak lagi. aku nie lain la.

A : cepat2 skit kawen tuh. nnti lmbt pulak dapat anak. susah nk buat anak nie. kan B kn (secara sinis)
B : ha'a (redha)

A: aku sebenarnye taknak mengandung lg, tp da TERlekat plak. baru ingt nk mengandung next year.
B : rezeki kan patut disyukuri. mengeluh atau sengaja mau beritahu dunia kamu hebat sb TEr mengandung? (dalam hati)

A: eh tahun depan ko da nk masuk 30 kan. cepat2 skit. (sambil senyum2)
B : WTF? (dlm hati)

A : eh B bila nk mengandung? (dengan high pitch + sambil buat bentuk perut perempuan mengandung)
B : ..................

A : eh, ko bile nk berjangkit ngn kawan ko? kawan ko da nk masuk 3 da. (merujuk kpd perempuan mengandung)
B : ............

A : ko nie penat memanjang, mengalahkan aku yg dah ader anak nie. aku nie lain la. malam kene jaga anak lg. mmg patut pon penat. ko tuh single lg.
B : .........

B : eh balik awal harinie?
A : a'a balik awal la. nk main dengan anak. dia memang tunggu2 aku nk bawak main. best kan ader anak


komen :
aku tak dengki pon dgn kamu nie. tp masalahnya tone suara kamu tuh yg xberapa nk sedap di dengar. korang dapat beza x org yg cakap secara sindir/sinis dengan orang yg mmg mengambil berat. org yg ingin mengajak kita berkongsi kegembiraan dia dapat bb dengan orang yg eksen konon2 hanya dia yg layak jd ibu? jd ayah? dia sorang yg ader anak? kalau orang cakap ini adalah mainan perasaan atau emosi, oh..percayalah..kamu bukan aku. kamu tidak berada dalam situasi aku.

lg satu, tolong la jgn cakap kami xberusaha kuat hanya sebab kamu xpernah dengar kami bercerita ttg usaha kami. rawatan kami. perasaan kami. tidak semua bende harus dicanangkan kepada semua orang. tidak semua bende bole dikongsi . TIDAK SEMUA. jgn jadi orang begitu bole? kamu xpernah dengar perkataan privacy kah? atau kamu rasa kamu sangat hebat sb dah ader anak? aku tidak berkongsi sebab kamu tidak layak untuk berkongsi rasa. kamu tidak akan paham. atau kamu tergolong dalam orang yg tidak mahu paham ! itu alasannya!

tolong fikir sebelum tanya boleh???? oh manusia... kenapa org macam kamu pon ada? meluat gile!

Saturday, July 9, 2011

tentang retroverted uterus itu (lagi)

Q : camne aku tau aku ader retroverted uterus?
A : doktor habaq. tukang urut pon bitau :)

Q : nmpk ker bentuk uterus tuh gitu thru scan?
A : erm..nmpk. tp doktor xberapa nk mention. sebab dia ckp xde bende penting pon utk dihighlighted. 20% perempuan dalam dunia nie ader uterus bentuk ginie :)

Q : dia scan camne baru nmpk?
A : scan abdomen pon nampak. scan V pon nmpk.

Q: org ckp kalau ader RU, doggie style is the best
A : apa yg kita rasa kita bole ikut, kita ikut. xsalah kalau style nie jd style utama kan. sila cuba hari2. dengar/baca tp xbuat cam xde makna la pulak :)

Q: style tuh camne?
A : (hantuk pala kat dinding)

Q : betul ker kalau RU, org ckp period dia xlama. dalam 2-3 hari jek. pastuh darah xbyk?
A : ok..yg nie susah skit nk jawap. sebab wpon aku RU, period aku adalah 7 hari, darah mmg byk gile. tak pernah plak period 3hari atau darahnya skit.

Q : betul ker RU bole di betulkan dengan pegi berurut?
A : fuhh..susah nie sb ader yg cakap jgn urut. sb takut jd pape dalam dalaman tuh. tp kalau aku tanya doktor, dia pon xde la menggalakkan g berurut nie.

Q : betul ker RU bole dibetulkan dengan pembedahan?
A : ha..dengar pembedahan je da cuak eh :) bkn pembedahan sangat pon. laparoscopi je. tebuk 3 lubang. tp kan doktor ckp RU bkn lah satu masalah, jd kenapa masih operation dipertimbangkan?


nota : ini adalah berdasarkan pengalaman/pengetahuan /pembacaan aku ttg RU. utk lebih tepat, sila rujuk pada encik doktor. kita kan bayar consultation fee :)

Tuesday, July 5, 2011

masih berusaha :)

skrang da july. harinie hari ke 12 period. iui akhir bln nie? tidak rasanya. akhir bln kan da nk setat pose :) buat iui akhir bln 8? kan da nk raya :) jd..perancangan 2nd iui tidak lah dalam masa terdekat. tp semuanya masih dipertimbangkan. masih hendak didiskusikan.

dalam tempoh nie, aku rasa aku nk berurut la. oh.. ader seorang kawan mengrekomen tkng urut utk dicuba. teruja rasanya. lgpon badan pon xberapa nk best. mmg sesuai sangat. pastu nk makan vitamin. nk pegi cni. insyaAllah.

yup..masih berusaha. akan sentiasa berusaha. Ya allah, mintak dipermudahkan semua :)


wahai soalan, kamu da xpayah nk berlegar2 ;)

ok..semalam g jumpa doktor. aku dtg dgn semt berkobar2 nk tanye 2 soklan. ahaks

1. soalan pertama : btul ker aku retroverted uterus.
jawapan : mmg betul aku retroverted uterus. aku tanya doktor nape xpernah di beritahu pon pasal bende nie. dia kate xde bende yg serius. xperlu dihighlight. masa 1st time scan pon dia da tau. masa laparoskopi pon dia da tau. doktor cakap, orang selalu ingt yg retroverted uterus akan mendtgkan masalah utk conceived. (aku pon berfikir gitu.huhu) , tp sebenarnya, ianya bkn satu masalah.

kalau ianya satu masalah, da lama da dia highlight kat aku. tp dia xpernah highlight sb itu bkn lah satu masalah. ramai org yg ader bentuk uterus camnie. so tidak la masalah sbnrnye (ni ayat dia, bkn ayt aku nk sedapkan hati). erm....ader point jugak tuh. dia kate xyah risau sb xde bende pon pasal uterus ni yg perlu dirisaukan. erm.....ok! sy xrisau :)

2. soklan kedua : bape lama aku kene tggu tuk proceed 2nd iui sebenarnye nie. kompiusss...
jawapan : iui bole dibuat ASAP. kiranye kalau 1st iui = akhir june. next period kalau iui xberjaya = akhir july la kan. kiranya..akhir july tuh da bole buat. xpayah tggu 2 bln ker 3 bln. bole proceed immediately. camtuh :) perghh mati2 aku ingt kene tggu 2cycle period :P

itu jek soklan yg aku nk tanye doktor. 2nd iui? i.allah. aku pn xsaba utk mencuba lg. masa..mari dekat sini yer :)

Thursday, June 30, 2011

perubatan islam

kawan aku sal, baru msg.
dia tanye aku xmo try perubatan islam plak ker
jawapan : a'a mmg ader dalam perancangan. tgk reiki2 jugak nie. insyaAllah kalau bole, semua bende pon akan try. aku sedang berusaha kuat2 nie :)

TTC blog (menambahkan bilangan di alam maya)

bismillahirahmanirahim

blog baru dibuka. entry TTC telah diasingkan sepenuhnye ke blog nie. jauh dari personal blog.
blog ini tentang aku dan suami. berusaha utk ada zuriat sendiri. dicatatkan semua usaha, pengalaman dan kisah kami utk tujuan itu. andai ada kebaikan kpd org lain hasil nukilan rasa ini, kami tumpang gembira.

kita berusaha, yg lain patut diserahkan kpd yg maha Esa.

Tuesday, June 7, 2011

pengalaman iui



td pagi aku buat iui. 11am lebey kurang. procedure siap dalam 15minit. siap kene tuka tiub lagi. rahim adalah kebelakang sedikit. macam2. dugaan2. tiub ape? oh..xmo tau. xmo tgk. buat la apa saja doktor. sy redha :)

first thing first, pagi sampai tmc tuh, en suami kene kuorkan sperm. tuk washing. procedure washing? sila google. aku pon xtau. yg aku tau, dia pilih sperm yg terbaik utk buat procedure nie. itu tujuannye :)

peringtn tuk diri sendiri, next time kene dtg dgn full blader. tp jgn terlalu full. aku kene tunggu setengah jam lepas minum air tuk ini. lepas full blader baru leh proceed iui.

sakit ker tak? jawapan aku = tak sakit. cuma senak.

perasaan? = entah. takde perasaan bole? takut utk letak harapan yg tinggi. tp takut juga utk tidak meletakkan sebarang harapan. oleh itu, aku pilih utk tidak mempunyai perasaan. cuma byk berdoa moga Allah yg maha pemurah memperkenankan doa kami :)

sblm balik, doktor prescribe duphastron. makan 2kali sehari. pg dan malam. tuk kuatkan rahim.

lg 2minggu bole check berjaya ker tidak. next appointment : 29/6/2011

cost harinie :
procedure : rm 690
ubat : rm 126
total : rm 816

Cost overall buat iui :
rm 640 + rm 180 + rm 170 + rm 816
= RM 1806


Monday, June 6, 2011

tawakal


besok procedure. doakan byk2 tuk kami yer :)