Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 19, 2012

tersepit

bile mana aku ada 2 kumpulan kawan. satu kump, masih single dan umur mereka kurang dari kita. dan satu lg umur lebih kurang sebaya dan majoriti mmg dah jd ibu.

tersepit

satu kump topiknye menjurus kepada hal2 mahu ke gerbng perkahwinan. dan apa2 sahaja topik yg aku kira sudah aku tinggalkan jauh. aku da melalui fasa itu. topik mereka sudah tidak menimbulkan minat.

satu lg kumpulan, topiknya lebih kepada pengurusan bayi dan kerenah anak2 yg mencuit hati. topiknya menarik. tp aku tidak mampu menyumbang apa2. cuma mampu memberi ilmu apa yg pernah dibaca sahaja. baca dan pengalaman sendiri mmg jauh sangat bezanya kan :)

tersepit

jadi kamu rs aku perlu makan lunch dengan grup mana?




p/s: aku rs aku perlu berhenti menaip sebarang entry buat seketika. mungkin period sudah nk dtg la nie. emosi aje


updated 21.3.2012 : oh... da xpayah nk tersepit2 da, aku la selalu pencetus topik time makan. da xpayah nk pening2..entry time PMS mmg gitu..hehehe



Friday, February 17, 2012

bayi comel dan sebak

melawat si comel yg baru lahir di rumah sebelah
bau baby mmg indah kan
waktu dukung tu, rs macam sayu sgt
macam mahu menitik air mata
entah kenapa
kalau aku melawat anak org lain, tidak la ada perasaan sebegitu
tua sgt da ker aku nie. tgk baby kecil yg masih tido pon bole mengundang rs sebak.

aku : akak da masuk 4 da kan. sy nie satu pon xde lg
jiran : insyaAllah nnti ada la tu
aku : pjm bawak balik bole
jiran : eh bole..pjm la.
aku : *sambil dukung* sy nie bile la nk dpt baby camnie kan kak
jiran : ala..akak pon. tiap2 kali nk ngandung mesti nk kene makan pil segala. yg nie aje yg tak. balik haji haritu terus ada. insyaAllah2

1. aku mmg xsegan langsung kalau nk ckp bab2 infertility dgn jiran aku nie. sb dia memahami. dia juga perlu mkn ubt2 utk mengandung. clomid mmg memberi kesan ke atasnya. dia conceived apabila makan clomid tiap2 kali.
2. dia xspt jiran dalam drama2 tv yg suke memandang rendah org yg TTC. mungkin dia mempunyai didikan agama, berpendidikan dan usia yg lebih byk dr aku. aku dpt rskan sokongan dan luhur hatinya hanya dengan mendengar tiap baris ayat yg keluar dr mulutnya. sb tuh kdgkala aku xkisah meluahkan rs pada dia
3. apabila aku pegang anaknya, mmg rs sebak sgt. tp aku sekat dr terlihat dr zahir. macam2 persoalan. bile giliran aku. macam mana agaknya rupa anak kami. ada rezeki aku ke nanti? erm..pompuan mmg byk berfikir kan :)

Thursday, February 16, 2012

loser

ada org tanye harinie
lelaki. mmg byknye la hai lelaki kat tmpt aku nie.

situasi 1 :

dia : da lama kawen?
aku : erm..ada la beberapa tahun.
dia : berapa tahun?
aku : erm..entah..xingt.. 2 tahun kot? (ok tipu)..
dia : heheh..apa la ko nie..kawen da bape tahun pon x ingt. xper lom ada rezeki. aku dulu kawen dekat setahun lebih pon lom ada anak lg.
aku : skrang da ada berapa
dia : da ader 3 (senyum)

1. aku xberniat nk tipu aku da kawen bape lama. aku cuma malas utk dengar soalan susulan. dan aku malas nk dengar ayat2 simpati.
2. tp sebenarnye dia nie jenis sempoi. dr nada dia, mmg dia nk bitau aku, dia pon alami zaman xde anak dulu. dia mmg x niat nk riak2 ada anak 3. dan aku tahu dia sgt maksudkan supaya aku jgn risau.
3. bole x aku ckp aku segan/malu sgt nk cite pasal2 bape lama kawen etc (??) tah hape kan aku nie. 3 vs 0? ok.. aku kene pikir topik lain dgn pantas!

situasi 2 :

dia : anak da berapa
aku : 4
dia : ohh bgsnye, murah rezeki ko kan
aku : seriously ngko!!! ko percaya?
dia : percaya la.
aku : aku mls nk jawap. next question.

1. da patut sgt muka aku nie anak 4 kot? T_T
2. sempoinye la dorang nie. aku jwp sesukati hati pon dorang percaya. haih


* 2 situasi yg lain. 2 org yg lain. 2 bapak budak yg lain. tp yg sama, iye aku rs loser. sekian.




Sunday, February 12, 2012

usaha diteruskan

azam 2012
aku pernah buat entrynya di sini
planning nya begini :
1. fertilaid
2. darul shifa
3. berurut
4. iui
semua nya adalah planning 1st half 2012.
result?
1. fertilaid (in progress)
2. darul shifa (done)
3. berurut (done)
4. iui

sbnrnya xsaba2 nk buat iui lagi. tp keadaan kerja tidak mengizinkan. masih byk yg perlu di catch up. MC dan amik cuti bukan satu pilihan.

aku teruskan dengan fertilaid. 3 botol. 3 bulan. bermula harinie. doakan :)

Wednesday, February 8, 2012

tajuk berita


semua da baca berita ni kan :)

4 org
kembar xseiras
iui

alhmdllh! seronok baca kn !