Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 4, 2012

kecewa. dugaan. semangat. dan semuanya

penat kan bila semua yg kita buat, semua xdpt hasil yg kita harap
letih bile kita kena tahan emosi bila usaha kita masih xberhasil
rasa macam nk putus asa tp xboleh
kalau putus asa + sudah xdaya nk berusaha, lg la xde sebarang harapan
sekurang2nya kita perlu usaha supaya kita masih punya harapan

kalau ada, ada lah nanti. kdg2 rs nk cakap macam tuh
tp betul ker kita mampu hadapi kalau mmg betul2 xde?
aku xsanggup
:)

kalau boleh dikumpulkan kecewa org lain, mau aje aku ambil kecewa dr suami
biar aku sorang aje yg kecewa + sedih
tp bile di fikir2, perkahwinan kan suatu perkongsian?
mana mungkin kita mampu hadapi sesuatu seorang diri
jd en suami, kita kongsi rs sedih sama2 bile usaha kita xberjaya ok
tp kene janji kita akan kongsi semangat utk cuba kembali sampai berjaya jugak tau :)

aku yakin ada org yg lebih diuji dari aku
aku juga yakin Allah rancangkan sesuatu yg lebih baik tuk kami berdua
kami berdua yakin pada Allah

kdg2 aku terfikir, sudah habis berusaha ke aku?
sudah benar2kah aku memohon kepadaNya tentang niat kami?
mungkin masih byk kurang di sini sana
aku pon xtahu
sebab tu doa kami masih belum termakbul  :)

aku berharap doa aku agar kami berdua teguh selamanya dimakbulkan
itu yg paling penting
andai mmg ujian ini takde noktah, aku cuma mahu en suami sampai tua
sampai bila2 
sampai hujung nyawa :)

aku rs xperlu aku imbas apa yg silap sepjng usaha yg lepas
fokus pada usaha yg akan dilakukan di masa depan adalah lebih baik
aku masih belum gagal. aku hanya berdepan 1001 cara yg tak mendtgkan hasil setakat nie
eh..mcm pernah dengar plak ayat nie ;)

doakan kami
kami xputus asa. 
semua org ada masa susah dan senang
adat hidup
doakan kami moga diberi kesempatan miliki zuriat secepat mungkin
aku doakan semua yg TTC dipermudahkan semuanya jua

dan iya.. aku bersedia utk bermula lagi! :)


nota kaki : berehat seketika bln ini. mahu ke krabi, phuket dan hatyai. doakn kami. 1st time memandu ke sana. sblm nie naik flight je. harap selamat. TTC utk bln ini cuma menghabiskan pil/vitamin yg masih berbaki :)

CD32

period? yg pelik harinie
dan bile period bermaksud iui#3 tak berjaya
tarik nafas. hembus.
tarik nafas lg. hembus.
xper la :)


Tuesday, May 22, 2012

duit oh duit

 treatment infertility, mmg byk sgt pakai duit kn :)
tiap2 bln duit gaji, mmg ada peruntukan utk buat treatment yg kami asingkn
tiap2 kali bonus mmg akan ada peruntukan utk treatment yg besar (cth iui)
kdg2 terbyg seronoknya kalau duit tu boleh guna utk buat bende lain
bkn 1-2ribu yg perlu diasingkan utk tujuan ini. iui sekali buat pon sudah hampir 2.5k
kalau setahun mahu buat 3kali, kan da dkt 8ribu tuh?
 itu blom masuk supplement, baya org urut, cuba itu.cuba ini.

kalau boleh claim company lain. keje swasta dan treatment macam nie, mmg biasanya xboleh claim langsung
org TTC mmg byk duit eh?

dalam pd tuh aku bersyukur, andai ada rezeki aku utk jd ibu nnti, peruntukan treatment itu akan bertukar menjadi peruntukan utk baby
budget bulanan berjalan spt biasa. tidak berubah.
sudah xperlu pening2 utk buat buat peruntukan semula 
kan hikmah? :)

aku pernah ajukan soalan ttg isu duit pd DH
DH pernah ckp, duit boleh carik. usaha sahaja selagi boleh.
betul.
tp melihat duit yg mengalir bersama keputusan yg tidak memberangsangkan kdg2, sedikit sbyk mmg mengugat iman kn

aku akui, org yg TTC nie mmg diuji kuat
emosi mmg sudah pasti. masa dan duit juga.
tp aku juga yakin dalam setiap usaha, pasti akan ada sinar
cuma masanya sj yg sukar diramal

tentang duit. insyaAllah pasti akan ada rezeki utk tujuan ini. 
pd rakan2 TTC, jgn pernah ckp kurang duit utk buat treatment
Allah uji. pasti Dia juga akan tjk jalan. 
kita usaha kuat2 ok :)




Saturday, May 19, 2012

CD16 = IUI

1.50pm prosedur iui.
sama macam iui yg lepas.
cuma ada sedikit darah lps hbs iui td.
iui kali nie, sgt xtahn nk ke toilet. mungkin sb minum air byk sgt.
pundi terlalu penuh.
waktu berbaring selps iui, rs macam ms gerak lmbt btol
mmg xsaba nk pegi toilet :)

jd, settle da iui.
dibekalkan duphastron utk 3minggu.
kalau ada rezeki, akn jmpa doktor 9.6 nnti
sekrang, meh kite tgk tv senang2kn hati k :)


cost : RM655.35
total cost iui #3 = RM2347.18

Thursday, May 17, 2012

CD14 = suntikan pubergen

purbengen
macam2 ubt baru dpt kali nie.
biasanya dpt pregnyl. utk? pecahkan telo

 


inject tepat pukul 11pm.
iui pd CD16.
oh..compare pregnyl, ubt ni lebih murah 


cost : RM 126.23