Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

selamat dtg 2014 :)

bismillahirahmanirahim
lama rasanye x tulis kat sini
lama rasanya xikut perkembangan semua.
dan malam nie sy rasa, sy da khatam semua blog rakan2 :)
korang semua mmg hebat
usaha xhenti2 dan xmengaku kalah
kuat !

sy suka baca tulisan BnC ni
kita sama2 fikir +ve ok
orang lain nk fikir apa pasal kita, pasal usaha kita, bkn hak kite nk halang
biarlah
asalkan kite usaha sungguh2 cukup
yg lain, kita biar Allah yg decide ok :)

2013
terima kasih atas semua memori

2014
moga dipermudahkan semua harapan

sy bersedia untuk no 2!
yg no 1 genap 10bln, 25hb yg lalu
bermula awal? ohhh sy tahu laluan sy sukar
jd bermula awal lebih baik
entah macam mana pula kali nie kan :)
sy bersedia berjuang sekali lagi
semangat berkobar2
ramai kata kalau keluar ikut tingkap perlu jarak yg lama utk yg no 2
jarak yg lama? yg no 1 pon sy tggu 5thn :)
menurut doktor, andai sy bersedia, bila2 pon sudah ok
jd, sy bermula semula 
hello TTC journey, miss me? :)






Sunday, July 21, 2013

poligami dan redha

andai benar isu zuriat dijadikan alasan,
kamu harus berkawan rapat dgn orang TTC macam kami
2thn bukan lah angka pengukur
aku sendiri hampir 6tahun!

benar, kita tak tahu apa di balik tabir

tp andai la benar berkait isu zuriat
ya allah, mintak dibesikan rasa dan digagahkan jiwa wanita itu!


Monday, April 29, 2013

ENAM

ya allah..nasib baik bukak blog nie
kalau x mmg xperasan harinie wedding anniversary
da la baru naik keje harinie, jd agak sibuk la sampai xingt? (alasan sungguh)

ENAM

alhmdllh!
terima kasih yg Allah
Enam tahun yg hebat
enam tahun yg bahagia
enam tahun yg gembira
moga ia kekal selamanya

utk semua, minta doakan hbngn dan kasih syg kami berpanjangn sampai bila
moga apa jua badai dan dugaan yg dihadapi dpt ditempuh dgn kuat
moga dia menjadi suamiku yg satu sampai ke akhirnya
moga aku jua istrinya hingga ke syurga

buat suami,
terima kasih atas semuanya
maaf dosa dan kesilapan
perbaiki diri. itu janji sy.
andai bole diubah masa, ingin sgt diubah byk perkara agar menjadi sempurna
agar awak sentiasa berbangga
terima kasih atas kasih syg, rs belas, rs tjawab dan semua ciri yg sempurna yg ada pd diri awak
sy syg awak
sampai bila2
sampai syurga. jgn tinggalkan sy. itu je.
sb sy xboleh hidup tanpa awak :)




Monday, April 8, 2013

Perbualan

#1

W: kenapa xletak gambar baby kite as profile picture awak ek (merujuk pd wasap)
H: nk suruh letak yer?
W : xde la..saja tanye
H : erm..xpayah la yer?. sebab ader lg kwn2 yg belum dpt baby.kesian.
W :  :)

soalan ditanye sb majoriti yg baru dpt baby letak gamba baby jd profile pic. dan iye, kami suke tgk gambar baby mereka. cuma kami memilih utk tidak letak. itu je.

#2

H : ada cerita sedih. kawan i, anak dia meninggal dalam perut. da 5bln. kembar pulak tu
W : innalillah. kesiannya!!!
H : sedih sangat. da la dia pon macam kita. TTC. tunggu lama. dia dalam 3-4thn. 
W : kesian wife dia. berat dugaan tuh.
H : tuh la, sb kita pon pernah lalui kan

dan sy boleh lihat dgn jelas ada air mata yg bertakung di matanya. merah matanya. sedih yg ditahan. iye, kami pernah melalui situasi itu. wpn dugaan kami tidak sehebat dugaan kawannya tp rs itu masih sama. kandungan 5bln. kembar pulak tu. nk tulis nie pon mengalir air mata. entah berapa byk air matanya?

#3

W : masa baby kita lahir, you ader email pada semua orang ckp pasal kelahiran baby kite ker?
H : xde la. xpayah la. bitau yg dekat2 sahaja. ramai lg yg belum dpt baby. kesian
W : :)

dkt kampeni suami, da macam tradisi pulak, setiap kali ader kelahiran, satu kampeni akan tau perkhabaran kelahiran melalui email. masa kami TTC, aku rs (xtau la husben rs mcm mana) email macam itu macam riak pulak. bangga. kdg2 email tuh ditaip macam satu kejayaan besar pulak. entah, mungkin sb TTC, kdg2 kite pandang sesuatu tuh dari sudut yg lain. tp perlu ker beritahu pada semua orang? satu company pulak tu. dengan attachment gambar baby lg. dan kdg2 email tuh jd berantai2 dan ditulis tanpa fikir perasaan org lain. dari email happy, bleh jd email sedih utk org yg TTC. cuba bygkan kalau setiap hari ader kelahiran dan setiap kali kelahiran, akan masuk email + photo. macam penderaan emosi utk warga TTC.dan tindakan suami utk xemail berita kelahiran ank kami pada semua orang adalah satu tindakan yg sudah aku jangka. ckuplah sekadar memberitahu wrga department dia sahaja.


TTC. kami melaluinya. walau sudah dikurniakn baby skrang, emosi itu masih ader. suami pon begitu. kami sudah melaluinya lama. utk  melupakan emosi dan perasaan dulu, adalah sesuatu yg tidak mungkin. kami masih mengatur ayat agr tidak menyinggung perasaan kwn2 yg masih belum dikurniakn rezeki baby. kami sentiasa berdoa agar org lain juga diberi peluang utk melalui apa yg kami lalui skrang. bertahan dan bersabar atas dugaan ini ok! lain betul perasaan org TTC yg da dpt baby dgn org yg xpayah TTC kan. byk tacing :)

Wednesday, February 27, 2013

garisan penamat

25 Feb 2013
11.30am
baby girl
alhamdullilah

dan siapa cakap, TTC journey itu tidak akan pernah berakhir?
teruskan berjuang ok!
mmg akan ader jalan penamat
sy adalah bukti nyatanya :)