Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

berurut D6. D7, D8

D6 = berurut bile cite ttg dhia baru aje habis
D7 = berurut bile cite ttg dhia nk mula. last episode nie. bleh plak ending dia camtuh? :(
D8 = jumaat. balik kje lmbt skit. berurut lepas ada dkt rumah dalam 10min camtuh

D9?
bersambung selasa, 2.1.2012

Tuesday, December 27, 2011

berurut D5

semalam dalam kol 11 lebih (mlm) aku dok kupas buah delima tuh
harinie setat makan
selawat, dan niat yg baik2

harinie urut pukul 8lebih. malam
baru je selesai nie.


Monday, December 26, 2011

berurut D4

hr ke 4 berurut.
setelah 5hari habis mkn sunolut. hari nie aku 1st period.period yg ditunggu2.
period yg betul2 period
sebelum nie..alahaii... asik la spotting memanjang. rimas.
harap sangat period nie seminggu nie
jgn la dia buat hal merepek2 sampai berhari2.

harinie urut pukul 10 lebih. malam

Sunday, December 25, 2011

berurut D3

oh da tanye semula..lg satu yg xleh makan = cendawan
jd, jgn bubuh cendawan dalam tomyam yer --> pesan pd org kedai ;)

harinie dpt delima + serbuk halia bara
kene rajin makan nie :)

oh..dan harinie krismas. besok cuti.
bole bgn lmbt skit. yes!

urut pagi. jam 10lebih.

Saturday, December 24, 2011

berurut day 2

ok..baru selesai urut nie.
1. info tambahan harinie : pintu rahim aku longgar. full details akan diberitahu lepas habis 9kali urut.
2. aku xleh makan : labu, tembikai, lg satu xingt plak. tp mmg aku xmakan. sb tuh aku xingt.
3. aku suruh kak ros je carikkan aku buah delima tuh.
4. aku kene minum air halia bara tuh 3kali sehari. serbuk dia= rm68 satu botol tupperware tuh. sok dapat.

nnti sambung lg ..


Friday, December 23, 2011

berurut & herba melayu

assalamualaikum :)

ok..isnin arituh aku call sorang akak nie utk berurut. sb? bdan rs xbest. lgpon dari harituh blom urut lg. akak ni direkemen oleh sepupu (sepupu kot) DH. lagipon, MIL mmg suruh sangat aku try urut dengan dia. dulu pernah la call, tp asik la masuk voicemail. rupanye hp dia kena curik. bile dia ada no baru, sepupu DH terus kasik pada MIL. MIL kasik pada DH. DH kasi pada aku. dan isnin lepas, aku call suruh dia dtg rumah urut. ok, camtuh sejarahnya.

orgnye, erm..xde la tua sangat. bawah 40 ada rasanya. waktu call tuh, dia ada tanya, aku tau x caj dia berapa. aku bitau, aku xtahu. sebab rumah dia dengan rumah aku kira jauh la jugak, dia caj aku RM85 sekali urut. aduiiii mahal nya..tp sebab mmg nk ngurut, aku ok kan aje.

jadi, sekali urut = RM85. dia urut sedap jugak. selain urut, akak nie (kak ros) suruh amik ubat herba jugak.
ni ubatnya. mahal. 10biji = RM160 (pengsan)
ada sape2 pernah mkn? aku takut la nk makan2 ubat herba camnie. kalau herba cina tuh aku ok lagi kot. ubat camnie entah nape aku seram sikit. aku google pasal ubt nie. dia ada sijil kesihatan.tp yg xsedapnya, dulu nama dia lain. skrang nama dia lain. packaging pon da tuka. DH da email pada kementerian kesihatan pasal ubt nie, tp xde jawapan plak. jd, mmg la aku xmakan2. aku KIV sahaja la ubt nie. mmg niat nk pulangkan aje nnti. akak nie akan dtg urut aku lg. menurut dia, aku perlu di urut 9kali. erm.. katanya lagi, lain org lain masalah. ada org kena 11 hari, 5 hari dll. bergantung. dan akak nie dia mengurut kt semua tmpt. ke perak. ke melaka. ke mana2 pon dia pegi. mmg traveller betul.


semalam (23.12.11), bermula la sesi urutan. kira semalam 1st day urut. hari isnin harituh xmasuk dalam kiraan. urutan perlu dibuat berterusan. tiap2 hari dia akan dtg rumah utk urut. aku perlu sediakan girdle. ok, part girdle nie aku mmg xleh tahan diri dari tanye yg bukan2.hehe. yer la aku nie sikit lagi je da macam tiang lampu rupanya. nk wat per pakai girdle? seumur idup xpernah terpikir nk pakai. kak ros ckp perlu pakai sb bile dia da urut rahim, dia xmo rahim aku tuh main lari2. ok, da alang2 urut nie, aku ikutkan aje yg mana bagus. jadi, aku umumkan aku da ader girdle skrang. nie kalau akak aku tau nie, mesti dia kagum gile. haha. itu pon aku suruh kak ros tuh pegi belikan. xsempat nk beli sendiri.


lepas selesai urut (urut xlama sangat), aku diberi minum air halia bara. dan kak ros masih mahu aku makan ubat herba tuh. lgpon, darah aku nie masih blom berhenti. sejak harituh. walau da makan sonulut :(

last2 aku makan jugak ubt nie. tawakal. moga ia xmemudaratkan. lgpon, utk sedapkan hati, aku cakap pada diri sendiri yg wife sepupu DH yg doktor tuh pon makan.

urutan masih berbaki 8hari. aku berusaha. dan aku tawakal.

oh aku perlu sediakan 3biji buah delima nanti. kak ros pesan. ermmm (?)


kos :

urut = rm85 x 10kali (termasuk hari isnin lepas) = rm 850

girdle = rm 30

ubat (setakat harinie)= rm 160


agak tinggi kosnya kan. padahal urut sahaja. aku pon fikir byk kali sama ada mahu teruskan atau tidak pada mulanya. dengan gaji yg masih belum masuk. berat la sikit.

erm..xper la, duit bole carik kan :) nanti aku sambung lg k


Sunday, December 18, 2011

tak nampak hikmah

ni entry pasal nora
kami bercerita ttg pengalaman TTC masing2. tentang usaha. tentang harapan. tentang hidup
dan kata2 akhirnya masih terngiang2

'akak nie lg la. da nk masuk 7 tahun da. terus terang akak kata, sampai sekrang akak masih xnmpk hikmah kenapa semua ni berlaku pd akak'

aku cuma diam. tersenyum
mmg benar, aku kadangkala pon sedapkan hati dengan ckp 'mungkin ada hikmah disebaliknya'

persoalannya, salah ke kalau kita masih xnmpk hikmah nya. salah ker kalau kak nora ckp gitu.
aku rs xsalah.
aku yakin dia bkn menidakkan perjalanan diatur Allah, cuma melepaskan rs yg tersimpan
aku harap dia kuat.
aku harap aku kuat
aku percaya semua yg berlaku ada hikmah disebaliknya. aku masih percaya itu :)

tentang sunolut lagi (boring)

setat amik ubat ni 14.12. 2biji 3kali sehari. pg.tgh hari. malam.
hari nie da hari ke 5 makan
ader satu malam aku xmakan sebab..erm..penat melampau + rs nk demam. lepas tuh terus tido.
ubt mmg niat takmo makan masa tu

pasal ubat nie.
aku perasan, aku xleh lmbt makan. nnti aku pedih ulu hati

dan kali nie walau aku amik ubat, dalam 16.12 gitu pon masih ada darah skit
pelik
bkn makan ubt nie patut darah berhenti serta merta ker? erm..
dulu masa makan ubt nie, hari setat makan tuh mmg darah berhenti
nie da mkn ubt pon darah still ada. tp harinie da xde da.
apapon, lega la sikit :)

updated 21.12.2011 : dulu makan sunolut darah mmg berhenti. kali nie, tidak. langsung tak. tp bkn darah fresh. darah coklat2. setiap hari ada walau makan sunolut. pelik! oh harinie habis makan.


Friday, December 9, 2011

hobi mkn ubt.

7.12.11, aku pegi TMC. suke betul dekat Dr F. rasa macam nk jumpa hari2 ;)

scan= semua clear
darah? yup..masih ada sampai harinie. takut ada apa2 yg perlu dirisau, tuh tujuan utama jumpa Dr F.

mandi wajib. solat dlm keadaan yg tidak selesa. mmg lama rupanya darah nie :(

kalau masih xberhenti, 14.12 nnti aku makan sunolut. 3kali sehari. dos plg byk.

berdebar tunggu semua nya kembali spt asal. mahu kitaran normal semula.

bila aku cerita pd kawan aku nnti aku kene makan sunolut, kwn aku cakap, aku nie xlenguh ker asik makan ubat? siapa2 yg dtg dkt tmpt aku, mesti ckp tmpt aku bau ubat. pg2 mesti ada jek ubt/pil yg aku nk telan. kalau bukak laci, lagi la kuat bau ubt. kdg2 gula2 dalam laci pon da bau ubat.

yer..aku mmg suke makan ubt. aku mmg xde masalah kalau suruh aku telan berapa byk pon. kecik, besar, vitamin. multivitamin. fish oil. clomid. sunolut. semua laa..

dipaksa. terpaksa. memaksa. lama2 jd biasa. mmg istimewa sungguh :)

Saturday, December 3, 2011

2012

xsampai 2minggu pon
tp terasa lamaaaaaaa sangat x tulis dekat sini

sy berehat. masih menunggu habis darah keluar.
tak ada apa nk update. tuh yg blog ni senyap aje :)

lg bape hari nk habis 2011 kan. kejap nya laa...
2012 diharap mendtgkan lebih bahagia
tentang TTC, sy plan macam nie utk 2012 :
1. makan fertilaid dalam 4bln. sbnrnya nk makan chinese herb. tp DH lebih prefer fertilaid. lgpon, fertilaid harituh blom habis lg. xmo bazir :)
2. pergi berurut
3. darul shifa'
4. dalam bulan 6, sy setat iui semula. lambat sgt?
sbnrnya, january akan mula keje tmpt baru. allah kasik rezeki ni pd sy. syukur :)
tempat baru. kerja baru. boss baru. performance kene tip top kan.
sebab tuh aku xmula iui pada awal 2012. mahu catch up dan kerja kuat2. bila semua da pandai, baru bole planning iui. :)

2012 mmg aku nk buat perubahan dalam hidup.
sb tu aku tukar kerja wpon keje skrang sudah ok
aku make over rumah supaya ada tenaga baru buat kami
aku berazam utk amalkan diet yg betul + seimbang (kurus sgt aku nie. huhu)

aku berdoa agar perjalanan hidup aku pd 2012 berjalan lancar
aku berdoa agar rezeki aku dimurahkan terutama rezeki anak
aku berdoa agar aku akan selalu diberikan kekuatan spjng perjlnn TTC

2012, kamu kene baik dgn sy ok? ;)

Wednesday, November 23, 2011

bergantung kepada Allah



suke video nie

"Tapi aku tak boleh hidup sorang macam ni!"
"memang tak boleh, selagi kau tak bergantung pada yang tak mati~"

sangat memberi kesan :)

dan iya..Allah maha mengetahui. semua :)

cerita bes

1. best sb harimau malaya menang *lari tajuk*
2. anak2 sedara ada kat umah mama. kedah dgn johor bkn jauh ok. tp kemain susah nk nmpk korang nie :P
3. dan plg best, terima kasih Allah atas rezeki harinie. happy sangat. dok sengih dari td nie tau. hehehe.



Monday, November 21, 2011

memang bukan perkhabaran suka

CD46
baru balik dari hosp td
dan spt yg diduga, aku gugur

tak nangis. sebab macam dah duga.

lgpon masa kene tahan wad minggu lepas,itu la kali pertama dan terakhir aku nangis
nangis byk2. sedih byk2.

sebab aku xmo nangis lg lepas tuh

lgpon kami sudah bersedia utk perkhabaran begitu

diuji sekali lagi. siapa kita utk menolak takdirNya kan :)


tp gugur kali ini agak lain dari yg sblmnya

agak sukar utk aku jelaskan. mmg agak sedikit bingung.

waktu tgh taip ni pon, aku masih menunggu darah yg byk utk keluar
kenapa takde? pelik pulak
tak kan gugur tp darahnya sedikit. satu pantyliner aje?
tunggu je la nnti kan..

apa pon kami redha

sungguh


sebab tu masa lihat UPT +ve haritu, aku xberitahu pd sesiapa

walau pd mama, abah atau PIL sekalipon
aku cuma luahkan disini.

oleh itu bile dpt berita yg tidak seronok, aku juga kongsi disini

pada mulanya aku dikhuatiri pregnant luar rahim

mmg serius takut
mujur bkn itu. aku tetap bersyukur.


kasihani aku?
oh..tidak perlu la.
bukan tidak mahu dikasihani cuma aku lebih suka melepaskan apa yg mmg bkn tertulis hak aku
xperlu aku terlalu menangisi atau dibuai dgn ucapan takziah
aku mahu mengajar diri menjadi kuat. itu aje. tp kalau dikasihi boleh :)

sb aku sendiri redha.
kami berdua redha.

belum rezeki.
aku bkn sengaja mereka ayat utk sedapkan hati tau

sungguh nie

aku lebih rela rezeki ini diambil sekarang. jika sudah berbulan2, mungkin lebih perit

apapon, aku sudah bersedia utk bermula sekali lg

mungkin ada rezeki lebih baik akan dtg.
siapa tahu kan :)


jom usaha lagi! jgn putus asa yer wahai diri !

syg kamu semua yg sudi membaca. meh nk rangkul kuat2!! :)

Saturday, November 19, 2011

November

utk kwn2 yg akan lalui prosedur yg mendebarkan, sy doakan yg terbaik

good luck ily
good luck AA

*hugs*

ada sape2 yg akan lalui IUI/IVF bulan nie? sy doakan yg terbaik utk semua :)


new LPPKN?


nusa.bestari, JB

bukan perkhabaran suka



entah kenapa mmg rs -ve betul sejak UPT +ve

Thursday, November 10, 2011

terima kasih.

mengalir airmata sy baca ucapan tahniah dr kwn2 TTC
terlalu bermakna. sangat memberi kesan. indah.
sygnya pada rakan2 TTC semua.
terima kasih atas doa semua
perjalanan sy masih panjang
sy juga tidak tahu kesudahannya

sy pernah mengalami kegagalan pd trimester pertama yg lalu
dan sy berdoa kpd Allah agar sy diberi peluang utk tidak melalui pengalaman yg sama
doakan sy
doakan sy
doakan sy

sy cuma mahu ceria :)

utk kwn2 yg tidak pernah berhenti berjuang, sy yakin rezeki kamu pasti akan sampai.
sy doakan agar dipercepatkan bahagia itu utk semua
jika tidak berjaya, kamu perlu bangun dan mula semula yer. mmg susah. sangat susah. sy rs apa yg kamu rasa. cuma ... jgn pernah berhenti berjuang yer. sy syg rakan2 TTC semua. seluas langit.

Wednesday, November 9, 2011

keputusan yg ditunggu

aku baru balik jumpa doktor td pd CD34, 21dpiui
semalam CD33,20dpiui aku buat test UPT
ptg. 6.30 lebih kurang.
result? alhamdullilah. dabel line.
syukur.
2nd UPT aku buat sama2 en suami. pukul 7 lebih semalam.
3rd UPT aku buat td bile jumpa doktor.
result yg sama. jumpa lg 2 minggu nnti utk check up.

berita nie cuma aku dan suami yg tau.oh..dan anda yg membaca juga.
itu aje. aku cuma mahu berkongsi rs. sb kamu semua pemberi semngat.
parent dan PIL pon x tahu. adik beradik lain pon masih tidak diberitahu.
pengalaman lalu byk mengajar kami
3bln pertama adalah masa genting bg kami.
apa2 boleh berlaku.
berita ini kami akan kongsi bila 3bln pertama ini berjaya sy harungi
doakan yg baik2 yer :)

apa pon, berita ini kami berdua sambut dengan penuh kesyukuran
diberi kesempatan sekali lagi utk melihat dabel line di UPT mmg xterkata
rs syukur yg xterhingga
4tahun 6bln 1 minggu 4 hari bukanlah jangka masa yg singkat

dalam pada itu, aku masih ada rasa risau
gementar. takut.
kami berdua bersedia utk semua kemungkinan
tawakal dan doa
kami serahkan semua pada Allah

sy mohon doa kamu semua supaya sy mampu menghadapi saat ini dengan baik
terima kasih semua

sy percaya setiap usaha pasti akan ada hasilnya
kamu juga harus percaya itu
soal lambat atau cepat, bkn kita utk pertikaikan
sy doakan yg baik2 utk semua rakan TTC
jgn pernah berhenti berjuang yer

Monday, November 7, 2011

CD32, 19dpiui

2 kotak
40biji duphaston
habis harinie

upt? masih teragak2 nk buat. entah la.
mungkin besok
bukan xmahu. cuma takut keputusan bukan spt diharap.
xper la..mungkin buat besok
sb lusa ada appointment dgn doktor
pegi jumpa doktor atau tidak, bergantung pd result upt nnti

sy berdebar sebenarnya
doakan yer
terima kasih kwn2 :)

Wednesday, November 2, 2011

Sunday, October 30, 2011

CD24, 11dpiui

perut macam dicucuk2
petanda AF ?
erm... :(


Wednesday, October 26, 2011

CD20 ,7dpiui

xtau nk tulis apa.
siapa kate senang nk survive 2ww? susah (T___T)


Thursday, October 20, 2011

masyarakat yg semakin sakit (T__T)

aku xtahu apa la yg ada dalam fikiran orang2 yg aku ibaratkan sakit mental nie.
harituh berita bapa liwat baby dia yg umur dia 23 hari. 23 hari ok. ya allah.. apa punye orang la nie. mmg xterfikir dek akal kenapa wujud orang macam nie. dua puluh tiga hari ok umur baby tuh. terlalu kecil. terlalu naif. kejam!

2 3 hari lepas, baca pasal budak yg kene langgar van dekat china tuh. mana la pegi semua perasaan syg, simpati org2 yg lalu lalang disitu. walau anjing/kucing sekalipon, kejadian sebegitu tidak harus dibiarkan. entah mana pergi simpati. kasihan. semakin dekat akhir zaman ke. kesian budak tuh. kesian sangat!

semalam baca pasal bayi yg dikelar. bayi tuh baru sangat dilahirkan. apa la dosa dia. kenapa perlu diperlakukan macam tuh. memang sudah tak ada rasa simpati dalam diri emak dia. entah mana hilang. masyarakat kita semakin sakit! ini bkn perkara main2. sudah terlalu byk kejadian sebegini.

itu belum lagi cerita pasal bayi yg diletak di dalam pam tandas. byk idea mereka kan. ada sahaja tempat yg mahu dicuba.

aku diuji masih belum mempunyai zuriat sendiri. mengalir air mata, mengigil badan membaca cerita begini. tidak sayangkah kepada bayi kecil itu? betapa mudah mereka ini yg dikurniakan anak membuat sebegitu rupa. sampai hati...

kita selagi terdaya cuba halang kejadian ini dari berulang yer? mmg perlu jaga tepi kain org kadangkala.

Wednesday, October 19, 2011

prosedur



td sampai sana pukul 9.15
9.25am husben kene kasik sperm
lepas tuh kami pegi makan.
dalam pukul 10.45am aku dtg semula dan terus kene panggil tuk prosedur. + salin baju
11am.masuk OT. aku kene buat iui guna OT sb erm..aku retroverted uterus. dari iui#1 harituh da bitau, kalau aku proceed iui#2, mmg kene guna billik OT. lebih senang. kalau dulu aku buat iui secara baring biase, kali nie aku buat iui dengan badan 45darjah. condong kebawah. kedudukan kaki lebih tinggi dr kepala. dapat imaginasi x? bila da guna bilik OT, baju pon mesti la baju OT kan.
dari pukul 11-12.30pm aku tunggu untuk pundi kencing penuh. lama kan. padahal da rs nk terkucil da.
12.30pm setat prosedur.
12.45pm siap
kene tunggu setengah jam utk baring. 1.10pm lebih kurang, aku keluar dari OT

aku dibekalkan duphastron utk 3minggu. dtg semula pd 09.11
sy tawakal utk semua perancangan akan dtg dr Nya. mintak doakan yer. :)

cost harini : rm 816
total cost iui#2 : rm 1986



Monday, October 17, 2011

suntikan (pregnyl)

tepat pukul 10.30pm td, aku inject pregnyl nie.
insyaAllah, rabu akan buat iui.
harap semua berjln lancar.


cost : rm 130 (pregnyl+consultation)

folikel scan (CD11)

baru balik dr FS td.
result ?
kiri = 18mm (before: 12mm) , 21.5mm (before : 15mm), 14mm
kanan = 19.5mm (before : 14mm)

*before : adalah FS pd CD9


Saturday, October 15, 2011

folikel scan (CD9)

pg td aku g FS. result?

kiri ada 2 telo yg kategori besar = 12mm, 15mm

kanan ader 1 yg besar = 14mm

dan beberapa telo yg lain. kecil2 + medium saiz
malam nie aku cucuk menonys lg. 150iu
17.10 kene dtg lg tuk scan telo.
iui mungkin 19.10

kalau nk ikut dos, sebenarnya dos kalinie sama je cam dos lepas. dos lepas =75iu. inject tiap2 hari. 5 hari. kali nie 150iu. tp selang 2 hari. mintak2 next scan byk la telo yg besar. doakn yer. risau sbnrnye.tp at least kalinie jumlah telo yg besar adalah bertambah dr cycle lepas.syukur.

cost : rm 270

Thursday, October 13, 2011

suntikan (menonys)

semalam ubt yg cecair nie terpecah. waktu nk patahkan penutupnya. kaca da masuk dalam ubt. mmg da xboleh guna. da cll hosp. besok kene g amik ubat tuk ganti sb besok hari last kene inject dgn ubat.

nota : dlm kotak menonys tuh ader 2 botol kecil nie. satu bentuk liquid. satu bentuk powder. kene mix lepas tu inject dekat perut. kene buat dalam masa yg sama setiap kali. aku inject 9.30pm.

updated 13.10 : aku g amik ubat ganti td. sib baik FOC.usai sudah suntikan.besok follicle scan. harap byk telo yg besar2.


Saturday, October 8, 2011

iui #2



kali ni xde gonal-F spt yg lepas. xde jugak puregon.
kali ni aku dibekalkan :
clomid 50mg utk CD2-CD6 (2biji sehari)
menonys 150iu utk CD2,CD4,CD6,CD8

nie aku google ttg menonys:

COMPOSITION:

Each ampoule of MENONYS Inj. 150 contains:
150 I.U. of Follicle Stimulating Hormone (FSH) activity and150 I.U. of Luteinizing Hormone (LH) activity.
DESCRIPTION:
MENONYS Inj. is a Highly purified preparation of gonadotrophins extracted from the urine of post menopausal women.

INDICATION:

  • In Assisted reproductive techniques (IUI& IVF/ET)
  • In Induction of ovulation
  • Clomifene non- responders
  • In hypogonadotrophic hypogonadism

  • folikel scan pd 15.10.2011 (CD9)doakan sy yer.

    total cost? rm 770

    Friday, October 7, 2011

    kitaran yg pjg

    last period = 31.8.2011
    harinie 7.10.2011 baru AF dtg
    mmg da duga. kan aku amik fertilaid.badan tgh mahu serasi.mungkin ini sbbnye.

    CD37
    lama tuh...
    penat tggu. pregnant? xterfikir pon.
    tp terbuang la juga satu UPT hanya tuk sahkan kemusykilan
    lepas dpt result -ve, terus amik minyak, urut2 perut malam smlm
    bgn pagi tadi tengok2 da period. mahu dibelai2 rupanya. haishh..

    tp sepjg 29thn idup nie, aku punye sejarah sampai CD 39 baru AF dtg
    kiranya cycle kali nie antara cycle terpanjang la
    kedua terpjg.
    takut juga kalau tiba2 cycle jadi panjang berjela. biarlah 39 jadi juara. xperlu ada cycle yg lebih lama.
    tp dalam pada tuh, aku syukur sb xperlu makan ubt turun darah etc

    aku jumpa doktor tgh hari td.
    aku berjuang lg cycle ni.
    doakan. terima kasih :)

    Sunday, October 2, 2011

    usia bukan sekadar angka

    yer..
    org ckp usia bukan sekadar angka
    tp usia sebenarnya adalah penunjuk kepada angka kematangan, harapan, impian dan cita2

    moga kite semua diberikan kesempatan tercapai impian yg satu ini

    selamat hari lahir kawan2..
    ily
    pn susu

    aku bersyukur atas 29thn yg indah sept 18 yg lalu
    harap kamu semua bahagia jua

    ramai rupanya yg berkongsi bulan kelahiran dengan aku . seronok! eh eka jugak :)

    Monday, September 26, 2011

    AF

    AF patut dtg dalam minggu nie.
    cepat la dtg..
    memang xsaba2 nk jmpa doktor

    tapi kalau xdatang,
    tolong jgn dtg utk 9 bln
    harapan
    semua yg TTC pon berharap yg sama kan :)


    p/s: Kekda.. meh dekat dengan sy yer. andai ada gusar di hati, kekda tau ramai yg sudi mendengar kan. sy salah satunya :)

    Monday, September 19, 2011

    tekanan itu penting

    terus terang aku ckap, aku xberapa nk berasa terlalu tertekan bila bicara pasal TTC
    sebab?
    alhamdullilah suami adalah supporter nombor satu
    mak ayah xpernah pressure
    PIL xpernah pressure
    ipar duai yang sangat memahami wpon mereka xalami situasi macam aku
    jiran yang memberi sokongan sb dia juga melalui fasa treatment utk mendpt cahayamata
    eh..bkn aku xpernah rasa tertekan. mana ader org ttc xrasa tertekan kan
    cuma aku rasa tekanan itu kurang
    dari sudut ini, aku bersyukur
    oleh sebab orang sekeliling xmemberi tekanan, aku sering bertindak memberi tekanan pada diri sendri. over kan? tuh yang kadang2 sayu xpasal2.

    bg aku, mak ayah dan PIL aku byk memberi sokongan moral. kalau ada dkt tv pasal treatment2, dicatat no telefon dan diberi pada aku. mana tau aku nk cuba. kalau ader mendengar tukang urut yang bagus, direkemen utk aku cuba. bagi aku, itu bkan tekanan. itu sokongan.

    aku kurang disajikan dgn soalan2 menusuk jiwa tiap2 raya atau apa saja keraian. sebab tuh aku balik dengan senang hati selalu, bila aku menulis ini, kebykkannya bkn terjadi pada aku. mungkin fitrah aku ni yg suka menjawap secara merapu2, atau kdgkala kata2 aku lebih tajam dari pisau yg baru diasah?, atau kdgkala aku terlalu bersangka baik pd org yg bertanya menyebabkan aku kurang rasa tertekan?? entah la..

    tp tekanan itu penting. sangat penting.

    macam exam. kalu cikgu, mak ayah kita xberi tekanan, kamu ingat, kita nk berteleku ulangkaji? siapkan kerja rumah? baik tgk cite kasih alia yang byk kontroversi tuh. betul kan?

    sape2 yang selalu diberi tekanan xkira dari mana sudut, dari siapa atau bagaimana cara, kamu patut bersyukur. walau kadang xtertelan pahitnya. da berjurai airmata. dan berguni sumpah seranah yang dipendam, akhirnya kamu jadi apa? kamu jadi kuat kan. kuat utk berusaha. kuat utk membuat treatment. kuat utk makan ubat. sebab apa? sebab kamu nk buktikan yang kamu juga layak utk dipanggil ibu, mama, ummi, ma. kamu tau dari mana dtg kekuatan itu? dari tekanan. kwan2 yang sangat jengkel. masyarakat yang tidak pernah mau mengerti. keluarga yang hanya menambahkan sakit hati. dalam xsedar, itu sebenarnya sumber kekuatan.

    macam aku nie, sampai terpaksa mencari tekanan. sb tekanan itu bagi aku, mendorong aku utk lebih berusaha.

    siapa2 yang selalu diberi tekanan, kamu jadikan ia satu motivasi ok. jd lebih kuat. jd lebih gigih berusaha. kita kan orang yg terpilih. mesti ada sebab. mesti ada hikmah.

    erm..pandai aku menaip sesuatu yang aku xalami kan. kalau aku diberi tekanan yg melampau nanti, aku pon yakin aku xkan tau macam mana nk hadapi. cuma aku harap, aku dpt lihat semua dari sisi yang lain. dan aku mau kamu percaya tekanan itu salah satu sebab yang buatkan kita lebih tabah.

    mulai harinie kalau ada org2 berkata sinis, kamu jgn hanya lihat ia sbg satu tekanan dan terus mengalirkan air mata yer. lihat ia juga sbg satu motivasi utk lebih cekal. lebih kuat. lebih berusaha.
    goodnite :)

    credit : weheartit.com

    Sunday, September 18, 2011

    bio_dex

    td g open house ader sorang akak tuh tanye aku da try bio.dex ker

    aku pon jwp 'belum'

    err..

    errr..

    terus terang aku ckp, aku xterbukak hati nk try produk nie lg.
    walau da sejuta kali aku baca testimoni pengguna produk nie yg aku xtau strategi pemasaran ke atau kisah benar (tp aku rs kisah betul :) )
    diajukan soalan ulangan da guna atau belum produk nie.
    direkemen utk gunakan produk nie (kuasa pemasaran mereka yg meluas, jd semua orang tau kewjudan produk nie. xberjaya hamil = bi0dex penyelesaiannya)
    entah yer..belum terbukak hati nk cuba barangkali. sy usaha cara lain dulu yer.
    mungkin bkn harinie nie. bkn dalam masa terdekat nie. tp mana tau esok lusa aku akan cuba :)

    kamu yg membaca, pernah cuba?

    Saturday, September 10, 2011

    mini update

    masih mood beraya kan. blog sini kurang update. blog sana pon 2x 5 :)

    oh..fertilaid da makan setat dari 7.9.2011
    usaha utk bulan nie
    jumpa doc bile setat period next cycle

    sekian update utk rujukan kali nie :)


    Friday, September 2, 2011

    anak merdeka!

    membaca berita ni, buat aku senyum xhenti
    sudah sampai rezeki mereka
    alhamdullilah
    tahniah !
    :)

    Monday, August 29, 2011

    selamat hari raya :)

    tahun nie masih berdua.
    tahun keempat.
    hey..mana tau tahun depan Allah kurniakan rezeki yg satu tu
    jgn pertikaikan ujian ni k
    so tidak kira berdua, bertiga, berempat,
    hari raya masih harus disambut kan :)

    selamat hari raya
    maaf zahir dan batin
    moga ditabahkan diri, dicekalkan hati,
    dibekalkan kekuatan diri utk sambutan syawal tahun ini

    :)




    Sunday, August 21, 2011

    sunolut & iui

    mintak dipermudahkan...



    updated : lepas habis makan sunolut, aku merancang utk iui#2. iaitu sept. terburu2 ker? dengan open house lg. dengan nk beraya lagi. berfikiran waras ke aku? yup...waras dan bersedia :) aku da bersedia utk lalui pengalaman iui sekali lagi. cuma persoalan yg timbul, bole ker aku proceed iui slps satu cycle period yg merapu yg hanya berhenti disbbkan sunolut?? erm.. mintak dipermudahkan semuanya....

    updated 4/9 : aku biarkn cycle baru bermula. xusahlah iui dalam bln ry nie. tunggu cycle seterusnye (akhir bln sept/awal oct), baru ingt nk proceed.

    Saturday, August 13, 2011

    budak comel

    entah kenapa suke sangat tgk gamba nie. tercapai hasrat dia nk anak perempuan kan. comel gile. baby mmg comel kan. bau baby lg la sangat comel :)

    harper seven

    tp antara byk2 anak celebrity, suri aku plg minat. mmg paling suke tgk dia. mmg suke dari dulu. da besar dia. sangat cantik. macam mama dia :)

    cuteness!

    ttg iftar itu

    lepas nie aku berharap agar aku xketinggalan tuk pegi mana2 event. kenduri kawen ker. doa selamat ker. open house ker. majlis buka pose ke. xkisah la apa pon.

    sebab? aku dikelilingi oleh orang2 yg punya anak ramai. punya perut idaman org2 TTC. seronok melihat orang lain gembira apabila ditanya bila akan melahirkan. senyuman mereka buat aku rasa tmpang gembira.

    aku da lepasi tahap ini ingat? :)

    iftar kelmarin sangat memberi tenaga positif dalam diri. melihat mereka. aku jd lebih bersemangat. lebih berazam utk berusaha. aku cuba memandang dari sudut berbeza.

    DH, kite pon nk tgk awak dukung lil awak. ya Allah, perkenankan lah...

    Friday, August 12, 2011

    Norethisterone (sunolut)

    susah nye nk sebut tajuk entry nie.
    CD18 dan yup masih period. tp bknlah bleeding yg beria2. comel2 aje. tp masih period. dan yup..masih belom pose. td bukak pose (teman suami makan sbnrnye.hehe), terus telan Norethisterone (sunolut) ni 2 biji. da letih nk tunggu dia stop sendiri sbnrnye. mmg awal2 xmo telan pil2 camnie. nk sruh badan naturally stop the bleeding. tp mmg berangan je la. xstop2. last2 terpaksa jugak telan. ish..badan nie..pelik bebenor (T__T)

    mungkin ada yg da biaser ngn ubat nie. aku je yg xpernah makan. ni skit info tuk tmbh ilmu :)
    sunolut (generic brand name. ader byk brand lain. tp rsnye nie plg glamer). nama sbnr = Norethisterone . dia termasuk dalam kumpulan ubat progestron. kalau tgk picture nie ader tulis sunward kan, itu manufacturer dia.

    diguna utk treat abnormal heavy bleeding,period ting tong, nk posponkan period, painful period + PMS simptom. selalu aku baca orang makan pil nie sb period xdtg2. 3-4 bln xdtg period. nk pegi travelling. nk g hajj. mesti doktor kasik ubat ni. kes aku lain skit. aku nk bentikan period :)

    cara berfungsi : modify effect of estrogen. wpon aku blaja kej.kimia, tp aku masih la pening nk explain structure dia camne kt korang (ada kaitan ke). hehehe.sila lempang. lebih afdal, sila google. ok yg ni senang paham, aku kopi :
    Norethisterone is a progestogen hormone. Progestogens are hormones that sustain the lining of the uterus. Normally at the time before a period there is a fall in the level of progestogen hormone in the body. When it falls below a certain level the lining of the uterus is shed as menstrual period. By taking norethisterone tablets (progestogen) the lining of the uterus is sustained until the tablet is stopped. camtuh la..

    sblm amik ubat nie, kene pastikan doktor tau : (ni aku kopi paste je)
    * if you are pregnant, trying for a baby or breast-feeding.
    * if you suffer from breast or cervical cancer or a family history of this condition.
    * if you suffer from liver, kidney, jaundice (yellowing of the skin and whites of the eyes), heart, porphyria or migraine problems.
    * if you suffer from depression or thrombosis or have a history of these conditions.
    * if you suffer from diabetes mellitus or have a family history of this condition.
    * if you suffer with asthma, epilepsy or high blood pressure.
    * if you suffer from the skin conditions pruritus or pemphigoid gestationis.
    * if you suffer from vaginal bleeding other than your normal monthly period.
    * if you have ever had an allergic reaction to this or any other medicine.
    * if you are taking any other medicines, including those available to buy without a prescription, herbal and complementary medicines.

    kesan sampingan : bloating, berat badan naik (bgsnye kalau betul), pening kepala seperti ada di atas kayangan, depression (aduiiii...ni yg malas nie), muntah2, skin rash, badan panas.

    aku dapat stok 2minggu ubat nie. sehari 4 biji. 2 siang. 2 malam. 1 pil = 5mg. kene amik lepas makan. kalau bole amik pada masa yg sama tiap2 hari. selalunye 2-3 hari lepas stop makan pil nie, period akan dtg. kiranya awal sept aku akn period semula sb stok pil 2minggu. tp period tu tidak terlalu byk. tp kalau aku xmo dia dtg early sept, aku bole ambil pil nie lg kt TMC. kiranya kite control bile kita nk period. :)

    cuma agak terkilan sedikit dgn period kali nie. period paling pelik. terkilan sb aku sedang berkira2 utk cari masa yg sesuai buat iui#2. sb aku berkobar2 nk try fertilaid tuh. erm...kita merancang :)

    harapan? cuma harap lepas makan pil nie aku da xalami period macam nie lg. aku yakin ada hikmah. mungkin lepas nie cycle akan lebih teratur. sbnrnye takut baca side efek pil nie. harap aku xde la teruk sangat nnti. pikir positive. makan clomid pon aku ok. insyaAllah yg nie pon ok :)

    xsaba nk puasa besok!

    updated: baru telan 4biji, period da berhenti. hebat btol pil nie. Cd19 period stop!

    updated 16/8 : side effect? alhamdullilah xde. eh eh..cuma rasa pedih ulu hati jek. kdg2. yg lain nada. badan aku nie mmg semua dia hentam. kebal sungguh. hehehe

    updated 29/8 : last telan sonulut : 26/8. period cepat la kamu datang!

    updated 4/9 : period keluar on 31/8 maksudnye 4hari lepas habis sonulut. harinie hari ke 5 period dan sudah ada tanda mau berhenti. kejap naa?



    Tuesday, August 9, 2011

    manis :)

    berita yg manis kan :)

    CD15

    CD15 da yup..masih period (T__T)
    semalam CD14 pegi jumpa doktor sb tahap kemusykilan sudah tahap max
    xpernah period lebih 7hari ..tup tup..harinie da hari ke 14. bile nk setat pose kalu camnie kan. ermm..

    lepas buat scan, alhamdullilah xde apa2. xde cyst. xde abnormal ape2. lega sangat denga :)
    doktor cakap hormon barangkali. ingt entry nie dan nie. terlebih hormon rupanya. patut pelik bebenor. lgpon mungkin sb pose. yer la wpon aku period, aku tetap xmakan. sama cam org pose. maybe hormon pon terganggu jugak. tp tertanya2 jugak la kan. xpernah jd camnie. nk kata sb fertilaid, aku blom makan lg pon. mungkin hormon dalam badan tgh nk reset kot? redha je la.dibekalkan ubat nie kalau masih period berlarutan. tp aku rasa aku nk tggu sampai hujung minggu nie la. kalau masih period minggu depan, baru aku makan ubat nie. stok utk 2minggu. makan 4biji. 2 biji/meal. darah akan berhenti bile aku setat makan ubat nie. kalau aku makan 2minggu ubat nie, lepas 2 minggu (habis ubat) baru period akan datang. tp darah yg keluar akan sedikit la. mintak2 minggu ni period da stop. xsuke la makan pil tuk berhentikan period :( tp kalau da lebih 14hari da kira darah istihadhah la kan. erm...

    cerita lain plak.. en suami nk sibuk2 makan fertilaid jugak. hehehe.dia kata xaci aku makan sorang. dia pon nk jugak. eh awak nie...awak nie comel sangat tau tak??? :)fertiltea + fertilaid (for men)
    lepas period da ok + badan da ok, baru aku akan setat makan. sementara waktu nie jd perhiasan je dulu dalam bekas ubat :)



    Wednesday, August 3, 2011

    BabyandBump Dictionary :P

    byk term2 comel yg kite jumpa kalau kita baca website, blog atau forum pasal TTC atau infertility kan :) TTC tuh sendiri pon satu term. trying to conceived.

    harinie nk kongsi beberapa :)

    2WW (aka. TWW) - Two Week Wait - Luteal Phase - 14 days after ovulation
    AF - Aunt Flo, menstruation, period
    AI - Artificial Insemination
    BBT - Basal Body Temperature
    BFN - Big Fat Negative (Pregnancy Tests)
    BFP - Big Fat Positive (Pregnancy Test)
    BCP - Birth Control Pills
    BBs - BooBies AKA Breasts, Boobs, funbags etc
    BM - Breast Milk
    CD - Cycle Day
    CM- Cervical Mucus, Icky Sticky
    C# - Cycle Number
    DPO - Days Past Ovulation
    DPT - Days Post-Transfer
    D&C - Dilate and Curetage
    EDD - Estimated Due Date
    EPO - Evening Primrose Oil
    EWCM - Egg-White Cervical Mucus
    EPT - Early Pregnancy Test
    FMU - First morning urine
    HPT - Home Pregnancy Test
    IB - Implantation bleeding
    KEGELS - The muscle used to stop the flow of urine.
    LAP - Laparoscopy
    LSP - Low Sperm Count
    LO - Little One
    NTNP - Not trying, not preventing
    POAS - Pee on a stick (Home Pregnancy Test)
    SA - Semen Analysis
    TWW - Two week wait

    cuma beberapa.
    klik cni kalau nk tau lebih
    jgn blur2 da lepas nie ;)

    Tuesday, August 2, 2011

    CD08

    pelik sangat period kali nie. pelik gile. aku xpernah period lebih 7hari. nie da CD08. belum ader tanda nk berhenti. 1st day harituh darah pon xseperti selalu. macam darah fresh. xbyk sangat. tp tidak la sikit sangat. masa CD03, siang hari xkeluar apa2. ptg/mlm baru dia keluar balik. pelik.

    kalau da nk dekat habis, selalu kan kaler ceklat. tp skrang masih merah. tanda nk berhenti tuh macam xnmpk lg. bila nk habis kalau macam nie. ishh pelik betul. xpernah lg jd camnie.

    memula sangka Menorrhagia. tp aku punye tidak la byk melampau2. jd bole tolak kemungkinan nie.

    konpius la. ingt nk pegi klinik malam nie. tp cm xrasa nk keluar pulak. erm..

    xper..aku tunggu lg sehari. nk tgk camne..


    updated 4/8: harinie CD10. masih belum berhenti. xpegi doktor sb rasanye period nie sudah semakin normal. normal bermaksud dr segi kaler, flow, kuantiti. fertilaid hanya akan makan slps habis period nie.



    Saturday, July 30, 2011

    usaha Ramadhan

    smlm beli, harinie da sampai. pantas.
    usaha utk bln ramadhan. kene mkn 3biji. tp sb pose, aku makan 2biji/hari. sahur + buka nnti.
    wpon ramadhan, TTC tetap berjalan. usaha sblm proceed 2nd IUI :)
    appointment dgn doktor dalam bln ramadhan sama dengan takde.
    usaha selain doktor, ini salah satunya :)

    salam ramadhan semua
    moga ramadhan nie dilimpahi seribu hikmah
    mintak maaf salah dan silap

    lots of luv, JD

    Friday, July 29, 2011

    kenapa mesti ada symptom itu?

    pening kepala
    rasa mual
    loya
    mau muntah
    Terasa mau pitam kadangkala
    Lapa yang tak masuk akal
    Ngantuk spt 10hari tak tido

    Apa yg terfikir?
    Symptom pregnant?

    :)

    Semua symptom aku alami masa cycle yg lalu. Aku ingtkan diri yg itu cuma hormone /PMS.
    Memang tidak berharap tinggi. langsung.
    Mujur.
    Tp jauh di sudut hati, aku juga tak berdaya untuk menolak rasa hati yg mengatakan semua itu satu petunjuk petanda berita gembira
    Sebab itu cycle lalu mengundang emosi yg tinggi bagi aku
    Sangat berdebar
    sangat mendebarkan
    Berjaya atau tidak menjadi persoalan harian

    Kitaran aku = 32 hari.
    Hari ke 33 di lalui dengan rasa kurang selesa sb sepatutnye da period
    Ada berita gembira ke? hati sedikit berbunga.
    Rupanya ptg tuh, aku period :(
    satu perasaan yg x dpt digambarkan
    Hari yg penuh emosi barangkali
    Layak sungguh bergelar drama queen
    Kecewa bile rupanya itu bukan petanda berita gembira
    Kecewa kerana dipermainkan perasaan sendiri
    kecewa..
    (T__T)

    Faham perasaan itu?
    Korang pon mesti pernah alami yg sama bukan?

    Jgn salah sangka
    Aku tidaklah sampai ke tahap pseudocyesis
    Aku masih berpijak di bumi nyata
    Tidak tinggi imaginasi
    Tidak terlalu berangan2 sesuatu yg tak pasti
    Sebab itu symptom yang aku alami tidak terlalu aku endah
    Tidak la aku membeli seguni asam utk tujuan menghilangkan mual
    Tidak
    aku bersyukur aku masih mampu mengawal diri

    tp.... aku akui hingga harinie masih berbekas rasa kecewa tu

    lagaknya seperti baru harinie hadapi cycle yg xberhasil kan ? :)
    padahal.....
    cycle lepas, tidak spt cycle yg lain. lain sungguh.
    sb tuh kecewa nya jugak agak lain
    menguji sungguh
    teruji betul

    apapon.. aku masih ader semangat tuk berjuang
    aku yakin satu hari nnti kitaran nie akan bosan utk dtg
    akan tiba masanya
    insyaAllah



    Wednesday, July 27, 2011

    jgn mkn sesukati

    jgn makan kangkung!
    jgn makan timun!
    jgn makan nenas..tajam tuh !!
    jgn minum air coke.. kan tajam !!! (again)
    jgn makan ais krim..sejuk~~
    jgn minum ais!
    jgn byk minum teh!!
    jgn mkn durian..panas!
    dan 1001 perkataan jgn yg sering didengar

    sakit telinga x dengar? :)
    atau da byk kali sakit hati sb kita sangat menjaga pemakanan tp hasilnya masih tidak ada? terasa macam nk makan je sesukati tanpa perlu pikir 'eh nnti kalau ader bb camne?' kan?
    geram tgk org lain sedap aje makan tp kita?
    byk yg tak bole.
    kalau berjaya xper gaks
    ini..???

    ha... da nada putus asa tuh

    dear..
    org TTc mmg mcam tuh. byk yg perlu dikorbankan. masa. duit. ruang. segalanya.
    kita korbankan la nafsu makan bende2 yg org ckp xelok tuk kita yg TTC ni
    berjaya atau x, itu soal kedua
    klu still nk mkn, kurangkn kuantiti/kekerapan pon da ok tau

    eceh..bijak aku karang ayt kn ;)

    eh tp yg ni aku pon xtahan
    aisey...tergugat ni...fav ni...
    hahahaha

    yummeh ;)