Tuesday, December 25, 2012

movie




da tgk movie nie?
@ astr0 best
kena tgk k
tp sedih + sgt menyentuh hati
mengalir2 air mata
jgn pernah putus asa. kebahagiaan itu akan dtg dr pelbagai cara kan :)




Wednesday, October 31, 2012

tmpt baru


semakin sihat skrang
syukur

erm..xsampai hati pulak nk tulis ttg pregnancy dkt blog nie
tiap2 kali bkk blog nie, keluar besar2 word TTC tuh
jd, sy bukak blog baru yer
jangan terperanjat. memang kurang sana sini
saya buat pelan2 ye :)

dan sy xmungkin abaikan blog nie juga :)

Monday, October 29, 2012

21

assalamualaikum
lama betul xmenaip
cuma mampu klik blog kwn2 yg lain
baca perkembangan semua org
semua sihat kan :)
oh tahniah jua utk yg dpt good news . ramai TTCian yg da berjaya kan
happy sangat :)

 erm..21w.
utk yg bertanya, ini bkn iui. atau ivf
sy sendiri pon xsangka
alhmdllh atas rezeki ini

seingt sy, spjg di phuket, sy tidak terlalu mengharap
sy mahu bercuti puas2
sehingga mahu melupakan niat utk TTC sampai tahun depan
tahun nie sy mahu habiskn dgn bercuti2
sy makan semua bende yg sy elak dulu
terutama nenas dan air coke. heeee... di sana, 2 bende nie, siap disediakan percuma
so layan saja
hari sy dapati +ve pula, adalah hari yg sama sy mahu tekan 'beli' tuk tiket ke bali
jadi, sy ckp hello bali pd thn yg lain sj nmpknye

dan ya...sy dapati kuasa minda itu sgt penting
sy sgt teruja  utk buat vision board macam BnC tulis di sini tp xsempat
dan utk semua, sila buat ok!
bende nie sgt bagus!

utk semua yg masih berusaha,jgn sedih kalau apa yg diharap masih samar
kita xtahu apa perancangan Allah
hiduplah dgn sebetul2 hidup

byk betul bende yang nk ditaip
tp sangat la tak larat. mahu buat blog baru utk tulis, lg la xde daya
bole sy taip kat sini saja?




Sunday, October 7, 2012

17

17w2d
alhamdullillah 
itu usia kandungan sy harinie
doakan semuanya selamat yer
doakan moga impian kami jd kenyataan
da ya..sy sentiasa doakan kamu semua jua :)



Sunday, July 29, 2012

ramadhan

lmbt tp masih sempat kn ;)

selamat menyambut ramadhan al mubarak!


Sunday, July 1, 2012

apa kata anda?

1. selalunya iui akan dibuat 3kali dan jika 3x adalah tidak berjaya, mmg jalan terbaik adalah IVF.   kami berbincang dan setuju yg mahu cuba iui paling max = 5kali. bkn xmo terus ker IVF, tp sebab iui dulu pernah berjaya, jd kami setuju utk proceed iui lagi. lgpon kos IVF adalah tinggi,masih belum mampu. ni baru nk kumpul skit2. 

2. tgk cite ameera? yg tv3. seblm nie xpernah tgk, ni baru abih khatam kat tonton. pernah terdetik jd camtuh? :)  ohh aku pernah. tp xmo la jd camtu. versi aku lain skit. kalau aku, aku nk terus proceed iui/ivf je. mcm kaedah ibu tumpang.ngarut sgt kan :P

 3. asik dok pikir nk try herba maharani aje nie. atau biodex. pernah cuba?.  dalam bln puasa + ry nie, rs nk TTC dgn makan2 ubt je. ni baru nk setat balik fertilaid. kasik perabih. 

itu je nk update. gudnite! :)




Monday, June 4, 2012

kecewa. dugaan. semangat. dan semuanya

penat kan bila semua yg kita buat, semua xdpt hasil yg kita harap
letih bile kita kena tahan emosi bila usaha kita masih xberhasil
rasa macam nk putus asa tp xboleh
kalau putus asa + sudah xdaya nk berusaha, lg la xde sebarang harapan
sekurang2nya kita perlu usaha supaya kita masih punya harapan

kalau ada, ada lah nanti. kdg2 rs nk cakap macam tuh
tp betul ker kita mampu hadapi kalau mmg betul2 xde?
aku xsanggup
:)

kalau boleh dikumpulkan kecewa org lain, mau aje aku ambil kecewa dr suami
biar aku sorang aje yg kecewa + sedih
tp bile di fikir2, perkahwinan kan suatu perkongsian?
mana mungkin kita mampu hadapi sesuatu seorang diri
jd en suami, kita kongsi rs sedih sama2 bile usaha kita xberjaya ok
tp kene janji kita akan kongsi semangat utk cuba kembali sampai berjaya jugak tau :)

aku yakin ada org yg lebih diuji dari aku
aku juga yakin Allah rancangkan sesuatu yg lebih baik tuk kami berdua
kami berdua yakin pada Allah

kdg2 aku terfikir, sudah habis berusaha ke aku?
sudah benar2kah aku memohon kepadaNya tentang niat kami?
mungkin masih byk kurang di sini sana
aku pon xtahu
sebab tu doa kami masih belum termakbul  :)

aku berharap doa aku agar kami berdua teguh selamanya dimakbulkan
itu yg paling penting
andai mmg ujian ini takde noktah, aku cuma mahu en suami sampai tua
sampai bila2 
sampai hujung nyawa :)

aku rs xperlu aku imbas apa yg silap sepjng usaha yg lepas
fokus pada usaha yg akan dilakukan di masa depan adalah lebih baik
aku masih belum gagal. aku hanya berdepan 1001 cara yg tak mendtgkan hasil setakat nie
eh..mcm pernah dengar plak ayat nie ;)

doakan kami
kami xputus asa. 
semua org ada masa susah dan senang
adat hidup
doakan kami moga diberi kesempatan miliki zuriat secepat mungkin
aku doakan semua yg TTC dipermudahkan semuanya jua

dan iya.. aku bersedia utk bermula lagi! :)


nota kaki : berehat seketika bln ini. mahu ke krabi, phuket dan hatyai. doakn kami. 1st time memandu ke sana. sblm nie naik flight je. harap selamat. TTC utk bln ini cuma menghabiskan pil/vitamin yg masih berbaki :)

CD32

period? yg pelik harinie
dan bile period bermaksud iui#3 tak berjaya
tarik nafas. hembus.
tarik nafas lg. hembus.
xper la :)


Tuesday, May 22, 2012

duit oh duit

 treatment infertility, mmg byk sgt pakai duit kn :)
tiap2 bln duit gaji, mmg ada peruntukan utk buat treatment yg kami asingkn
tiap2 kali bonus mmg akan ada peruntukan utk treatment yg besar (cth iui)
kdg2 terbyg seronoknya kalau duit tu boleh guna utk buat bende lain
bkn 1-2ribu yg perlu diasingkan utk tujuan ini. iui sekali buat pon sudah hampir 2.5k
kalau setahun mahu buat 3kali, kan da dkt 8ribu tuh?
 itu blom masuk supplement, baya org urut, cuba itu.cuba ini.

kalau boleh claim company lain. keje swasta dan treatment macam nie, mmg biasanya xboleh claim langsung
org TTC mmg byk duit eh?

dalam pd tuh aku bersyukur, andai ada rezeki aku utk jd ibu nnti, peruntukan treatment itu akan bertukar menjadi peruntukan utk baby
budget bulanan berjalan spt biasa. tidak berubah.
sudah xperlu pening2 utk buat buat peruntukan semula 
kan hikmah? :)

aku pernah ajukan soalan ttg isu duit pd DH
DH pernah ckp, duit boleh carik. usaha sahaja selagi boleh.
betul.
tp melihat duit yg mengalir bersama keputusan yg tidak memberangsangkan kdg2, sedikit sbyk mmg mengugat iman kn

aku akui, org yg TTC nie mmg diuji kuat
emosi mmg sudah pasti. masa dan duit juga.
tp aku juga yakin dalam setiap usaha, pasti akan ada sinar
cuma masanya sj yg sukar diramal

tentang duit. insyaAllah pasti akan ada rezeki utk tujuan ini. 
pd rakan2 TTC, jgn pernah ckp kurang duit utk buat treatment
Allah uji. pasti Dia juga akan tjk jalan. 
kita usaha kuat2 ok :)




Saturday, May 19, 2012

CD16 = IUI

1.50pm prosedur iui.
sama macam iui yg lepas.
cuma ada sedikit darah lps hbs iui td.
iui kali nie, sgt xtahn nk ke toilet. mungkin sb minum air byk sgt.
pundi terlalu penuh.
waktu berbaring selps iui, rs macam ms gerak lmbt btol
mmg xsaba nk pegi toilet :)

jd, settle da iui.
dibekalkan duphastron utk 3minggu.
kalau ada rezeki, akn jmpa doktor 9.6 nnti
sekrang, meh kite tgk tv senang2kn hati k :)


cost : RM655.35
total cost iui #3 = RM2347.18

Thursday, May 17, 2012

CD14 = suntikan pubergen

purbengen
macam2 ubt baru dpt kali nie.
biasanya dpt pregnyl. utk? pecahkan telo

 


inject tepat pukul 11pm.
iui pd CD16.
oh..compare pregnyl, ubt ni lebih murah 


cost : RM 126.23

Wednesday, May 16, 2012

CD13 = Folikel scan

Folikel scan sekali lagi.
dari 13mm, ke 15.5mm

bincang dgn doktor. ttg telo yg mahu gah hanya 1sahaja cycle kali nie.
doktor ckp, telo nie pon ada batch2 dia. xsemestinya tiap kali iui akan keluar byk2 telo sekaligus.
kalau dia tahu tiap2 kali telo akan keluar byk, xperlu rasanya utk discan tiap2 kali :)

masih terdengar rsnya DH ckp. mungkin satu nie yg akan buat impian kami jd nyata. 
xcuba x tahu kan. iui kali ni dgn 1telo. kalau Allah izin, apa pon bole jd kan :)
doakan!


Tuesday, May 15, 2012

CD12, CD13 = suntikan humog

pg td bermula suntikan pakai ubt baru. HuMog (menotrophin)
cara + dos adalah sama macam foliculin
harinie dan besok 150iu humog. jadi kena pakai 2 kotak.




ok..nnti sambung. ngantuk sgt plak nie. nite :)

Monday, May 14, 2012

CD11 = folikel scan

ok..telo yg 9mm harituh (belah kanan), da 13mm :)

bincang dgn doktor yg mungkin foliculin agak xberapa nk sesuai dgn aku
xsesuai dr segi xbyk telo yg besa
tp dari segi saiz, mmg ada perubahan
so, utk 2 hari CD12 & CD13, aku dibekalkan ubt yg lain.
dtg scan lg pada CD13
harap sgt telo bg respon yg baik dgn ubt baru :)


cost harinie : RM 390.80

Saturday, May 12, 2012

CD9 = folikel scan

appointment pukul 11am td
result?
hanya satu telo je yg besar
itu pon 9mm :)

iui #2 harituh folikel scan pd CD9 = 15mm
rs mcm jauh beza plak. 
tp xbole buat perbandingan sbnrnya
dos suntikan cycle kali nie kurang sb kesilapan kami ms CD2.
ralat betul.
xper la..ada masa lg ni. positif positif :)

lepas scan td, ambil lg suntikan 150iu foliculin 
dan dibekalkan ubt folikulin utk 2hari lg.
kiranya ambil suntikan foliculin cycle kali nie pd CD4,CD6,CD8,CD9,CD10,CD11

folikel scan pd CD11 nnti
moga byk telo2 yg besar! amin



cost : rm 573.20

Wednesday, May 9, 2012

CD4,CD6,CD8 : suntikan foliculin

injection bermula CD2, CD4 dan harinie CD6


suntikan kene masa yg sama
tiap2 pukul 11.50pm
lmbt kan? sbnrnya masa CD2 tuh ada sedara mara dtg. bawak pergi jalan2.  smpi rumah pon da lewat. last2 sempat inject dalam pukul 11.50pm :)

oh..dlm kotak tuh ada 2 jenis botol. satu cecair. satu powder. oleh sb nk pakai 150iu, kene pakai 2 kotak ubt (satu kotak =75iu). ambil botol yg cecair tuh. patahkan penutup nya. sedut hanya 60ml liquid. masukkan dalam botol powder yg 1st smpi semua powder dalam tuh larut. sedut balik dr botol yg 1st masukkan dalam botol powder no 2. tunggu sampai larut powder, sedut balik dan inject. botol cecair yg lagi satu tu mmg xpayah pakai.

dan botol powder nie adalah sangat sangat susah nk bukak! mmg kene sabar.


nota kaki : kami baru perasan yg CD2 tuh sebenarnya kami x inject pon ubt. inject angin sahaja rupanya. tuh pon sb spot check dkt tong sampah tgk botol cecair tuh masa CD6. mmg betul sangkaan kami, penuh lagi ubtnye :(  mungkin kalut sgt. tension jugak bile ingt balik ;) 

jd, injection sbnrnye hanya bermula pada CD4! 





Sunday, May 6, 2012

CD3 - berurut

baru balik dari berurut. mmg berhasrat utk berurut + IUI dalam masa yg sama.
berurut pon dgn org yg lain. mak ru. kak ipar yg kenalkan. 
tp tidak la berurut setiap hari. mungkin 2 kali. harinie dan slps habis period nnti.
badan rs sedap kan bile da berurut :)

Friday, May 4, 2012

iui # 3




alhamdullilah period smpi tepat. 
hari nie CD1. 
Iui # 3 bermula cycle ni :)
kali nie dgn ubat foliculin (Urofollitropin)
foliculin 150iu utk CD2,CD4,CD6,CD8
injection bermula besok.

folikel scan pd 12.5.2012 = CD9
doakan k!

cost harinie = rm 601.60

Monday, April 30, 2012

LIMA

29.4.2012

ulangthn perkahwinan ke 5
alhamdullilah :)


kene usaha lebih gigih nie ;)

Tuesday, April 3, 2012

IUI

rindu betul dengan ubat2 IUI
serius nie!

BFN pada IUI #1
BFP pada IUI # 2

sy sedang mencari masa yg sesuai utk bermula lg :)



updated : ingt nk buat bln nie. setelah discuss, sy nk try cycle depan. may.

Sunday, April 1, 2012

semangat


entah kenapa, aku mmg suke dekat dia.
lagu2 dia dekat dgn hati. penulisan dia punya tmpt tersendiri.
entry pasal dia, kwn baik dia Jay pon pernah publish :)

dan harinie, aku masih melihat video yg sama.
sgt memberi inspirasi
kuatnya dia. moga semangat dan kekuatan dia, turut memberi inspirasi utk kita

utk wani & shafiq, sy doakan yg baik2 selalu
utk rakan2 TTC, kamu tahu kita perlu yakin atas ketentuanNya kan

selamat berhujung minggu semua!


Wednesday, March 21, 2012

kahwin lain

gerun kan baca tajuk nie
biasa la. aku pon :)
tajuk nie aku rs mesti pernah dibincang atau ditanye pada suami masing2.
dan iyer..aku pernah. berapa kali? entah
jawapan yg lazim aku terima, mesti la en suami xmahu
aku tanye dia kenapa, dia jawap, cukup kalau hanya ada aku.
terharu? sedih? sebak? biasa la. lgpon mmg itu jawapan yg kita mahu kan
mahu anak angkat?
jawapan? tak mahu. iye, kami xmampu nk syg anak org lain. xpernah terfikir.
aku tanye dia lagi, kalau kite ditakdirkan takde anak, macam mana?
jawapan? dia bersyukur andai aku ada di sisi. sampai akhir. dia xmintak banyak.
terharu? sedih? sebak? aku rasa mendengar jawapan itu melangkaui semua rs yang ada

aku syukur ade dia. aku syukur dengan penerimaan dia ttg semua bende.
tp dalam masa yg sama, aku tak pernah leka.
perempuan xbole terlalu bergantung pada lelaki.
masa depan xbole ramal. perlu ingt itu
masing2 ada cara macam mana mahu jaga suami sendiri kan :)

sebenarnya, aku nk cerita bende yg lain.
tentang 2 rakan sekerja. lelaki. dua2 sudah berkahwin. dua2 sudah ada anak kurang dari 2tahun
tp dua2 ada gf!
dan dua2 sanggup melepaskan isteri masing2 !
dua2 baru 3 tahun kawen ok!
gile! itu je la yg mampu aku cakap.
sebab?
dua2 cakap, dorang xdapat belaian kasih syg isteri. isteri masing2 sibuk layan anak.
dua2 cakap, dorang xlarat nk kene tolong isteri basuh lampin anak etc
gile!
aku xberminat nk masuk campur hal rumahtangga mereka, apatah lagi memberitahu isteri mereka apa yg dorang buat dibelakang
maaf, sy xminat
cuma aku tertanya2, senangnye mereka mahu meninggalkan isteri dan anak mereka hanya dengan alasan yg remeh temeh.
kenapa jd macam ni?
kite lihat mereka sudah lengkap segalanya. isteri. anak.
tp bg mereka, hidup mereka masih xlengkap. aku pon xtahu definasi lengkap mereka.
gile betul!

jadi bile aku duduk diam2, aku bersyukur dgn perjalanan hidup aku
andai aku isteri kpd 2 rakan sekerja itu, mungkin lebih perit
entah

soal suami kawen lain, siapa2 pon xakan mahu
bak kate kawan aku, baik berpisah dari dimadu
erm..mmg pon. berkongsi kasih? gile la.. siapa yg mahu?

jadi, duduk, bincang, luah tentang ini
kita perlu bersikap terbuka. topik ni sgt sensitif
dan kita xdapat nafikan bila kita berusaha tp xberjaya, kita akan fikirkan isu ini
biarlah suami berbahgia. biarlah suami dpt zuriat dengan org lain. biarlah kita merana asalkan suami gembira
hello.. nie bkn drama swasta kt TV
ni realiti
da..pergi sana bincang lekas. jgn nk fikir merepek2!


Sunday, February 19, 2012

tersepit

bile mana aku ada 2 kumpulan kawan. satu kump, masih single dan umur mereka kurang dari kita. dan satu lg umur lebih kurang sebaya dan majoriti mmg dah jd ibu.

tersepit

satu kump topiknye menjurus kepada hal2 mahu ke gerbng perkahwinan. dan apa2 sahaja topik yg aku kira sudah aku tinggalkan jauh. aku da melalui fasa itu. topik mereka sudah tidak menimbulkan minat.

satu lg kumpulan, topiknya lebih kepada pengurusan bayi dan kerenah anak2 yg mencuit hati. topiknya menarik. tp aku tidak mampu menyumbang apa2. cuma mampu memberi ilmu apa yg pernah dibaca sahaja. baca dan pengalaman sendiri mmg jauh sangat bezanya kan :)

tersepit

jadi kamu rs aku perlu makan lunch dengan grup mana?




p/s: aku rs aku perlu berhenti menaip sebarang entry buat seketika. mungkin period sudah nk dtg la nie. emosi aje


updated 21.3.2012 : oh... da xpayah nk tersepit2 da, aku la selalu pencetus topik time makan. da xpayah nk pening2..entry time PMS mmg gitu..hehehe



Friday, February 17, 2012

bayi comel dan sebak

melawat si comel yg baru lahir di rumah sebelah
bau baby mmg indah kan
waktu dukung tu, rs macam sayu sgt
macam mahu menitik air mata
entah kenapa
kalau aku melawat anak org lain, tidak la ada perasaan sebegitu
tua sgt da ker aku nie. tgk baby kecil yg masih tido pon bole mengundang rs sebak.

aku : akak da masuk 4 da kan. sy nie satu pon xde lg
jiran : insyaAllah nnti ada la tu
aku : pjm bawak balik bole
jiran : eh bole..pjm la.
aku : *sambil dukung* sy nie bile la nk dpt baby camnie kan kak
jiran : ala..akak pon. tiap2 kali nk ngandung mesti nk kene makan pil segala. yg nie aje yg tak. balik haji haritu terus ada. insyaAllah2

1. aku mmg xsegan langsung kalau nk ckp bab2 infertility dgn jiran aku nie. sb dia memahami. dia juga perlu mkn ubt2 utk mengandung. clomid mmg memberi kesan ke atasnya. dia conceived apabila makan clomid tiap2 kali.
2. dia xspt jiran dalam drama2 tv yg suke memandang rendah org yg TTC. mungkin dia mempunyai didikan agama, berpendidikan dan usia yg lebih byk dr aku. aku dpt rskan sokongan dan luhur hatinya hanya dengan mendengar tiap baris ayat yg keluar dr mulutnya. sb tuh kdgkala aku xkisah meluahkan rs pada dia
3. apabila aku pegang anaknya, mmg rs sebak sgt. tp aku sekat dr terlihat dr zahir. macam2 persoalan. bile giliran aku. macam mana agaknya rupa anak kami. ada rezeki aku ke nanti? erm..pompuan mmg byk berfikir kan :)

Thursday, February 16, 2012

loser

ada org tanye harinie
lelaki. mmg byknye la hai lelaki kat tmpt aku nie.

situasi 1 :

dia : da lama kawen?
aku : erm..ada la beberapa tahun.
dia : berapa tahun?
aku : erm..entah..xingt.. 2 tahun kot? (ok tipu)..
dia : heheh..apa la ko nie..kawen da bape tahun pon x ingt. xper lom ada rezeki. aku dulu kawen dekat setahun lebih pon lom ada anak lg.
aku : skrang da ada berapa
dia : da ader 3 (senyum)

1. aku xberniat nk tipu aku da kawen bape lama. aku cuma malas utk dengar soalan susulan. dan aku malas nk dengar ayat2 simpati.
2. tp sebenarnye dia nie jenis sempoi. dr nada dia, mmg dia nk bitau aku, dia pon alami zaman xde anak dulu. dia mmg x niat nk riak2 ada anak 3. dan aku tahu dia sgt maksudkan supaya aku jgn risau.
3. bole x aku ckp aku segan/malu sgt nk cite pasal2 bape lama kawen etc (??) tah hape kan aku nie. 3 vs 0? ok.. aku kene pikir topik lain dgn pantas!

situasi 2 :

dia : anak da berapa
aku : 4
dia : ohh bgsnye, murah rezeki ko kan
aku : seriously ngko!!! ko percaya?
dia : percaya la.
aku : aku mls nk jawap. next question.

1. da patut sgt muka aku nie anak 4 kot? T_T
2. sempoinye la dorang nie. aku jwp sesukati hati pon dorang percaya. haih


* 2 situasi yg lain. 2 org yg lain. 2 bapak budak yg lain. tp yg sama, iye aku rs loser. sekian.




Sunday, February 12, 2012

usaha diteruskan

azam 2012
aku pernah buat entrynya di sini
planning nya begini :
1. fertilaid
2. darul shifa
3. berurut
4. iui
semua nya adalah planning 1st half 2012.
result?
1. fertilaid (in progress)
2. darul shifa (done)
3. berurut (done)
4. iui

sbnrnya xsaba2 nk buat iui lagi. tp keadaan kerja tidak mengizinkan. masih byk yg perlu di catch up. MC dan amik cuti bukan satu pilihan.

aku teruskan dengan fertilaid. 3 botol. 3 bulan. bermula harinie. doakan :)

Wednesday, February 8, 2012

tajuk berita


semua da baca berita ni kan :)

4 org
kembar xseiras
iui

alhmdllh! seronok baca kn !


Tuesday, February 7, 2012

darul.shifa'

# 27.1.12, jumaat

survey kat mana DS nie.
dan yup..ramainya org.
DS sini cuma selasa dan jumaat sahaja.
utk senarai penuh DS, boleh klik sini

# 31.1.12, selasa

setuju utk pergi selasa. mungkin xberapa ramai org. ikut website, sessi adalah selepas isya'. sampai sana dalam pukul 8.45pm. org xramai pon masa nie. cuma kami dan makcik + anaknya sahaja.

DS dekat sini = rumah 2tingkat. milik ustaz.

waktu kami sampai, pintu rumah masih belum dibuka. cuma gate sahaja yg terbuka. kami masuk dan ambil no giliran. sebab kami berdua mahu jumpa, ambil 2 nombor. giliran kami = 14, 15
dalam pukul 9.15pm, ustaz sampai dr surau. pintu rumah nya kini dibuka. semua yg dtg, masuk ke ruang tamu. oh..air mineral boleh dibeli dgn harga rm2/botolkami tunggu hingga giliran kami disebut. jam 10.45pm, angka giliran di no 6. org dkt luar ramai betul. besok keje pulak. larat ker kami nk tggu sampai giliran 14? dengan belum dinner. ingt selasa x ramai org. dari yg kami dengar, sessi kdgkala sehingga jam 2-3am. akhirnya, kami balik. mungkin pegi lain hari. xlarat mahu tggu sb besok perlu bangun pagi utk keje

# 3.2.12, jumaat

balik keje awal. pukul 5 da bertolak dari opis. sampai DS dalam pukul 5.30pm. oleh sb no giliran bole diambil dari jam 3pm, aku yakin aku akan dpt giliran no 10 ke bawah. lgpon baru pukul 5.30pm kn. ohh..aku juga nk pulangkan no 14,15 yg haritu. harituh balik tanpa pulangkan no giliran. sebab ingt nk pergi dinner sahaja mulanya.

sampai sana, angka giliran adalah no 16! (T_T)
dekat tangan aku no 14 & 15. jadi? aku xamik pon no. baik guna no yg ada di tgn aku kan?

akhirnya, kami xpegi jugak. no 14,15 mungkin sesinya 12.30tgh malam kot. sudah mengantuk.

oleh sb jhr cuti isnin & selasa (maulidur rasul & thaipusam), DH janji mahu pergi ambil giliran seawal 3pm. sebab aku keje 2 hari tu. oh..dan mmg perlu pulangkan no 14,15. da lama sgt kat tgn kami.

# 7.2.12, selasa

DH sampai tepat jam 3pm tuk amik nombor. dan teka kami dpt nombor berapa kali nie. 1? tidak. 2? tidak. 3? tidak. eh..kan baru jam 3ptg. bkn nombor boleh diambil bermula jam 3ptg? kenapa xleh dpt no 3 sekalipon. mungkin org da amik no awal2 kot. erm? dan, kali ni kami dpt no 6. ok la kan :)

bertolak dari rumah jam 10mlm. dekat shj. kurang 10min da sampai sana. kami bajet no 6 dalam pukul 10.45mlm.

dan rupanya 10.51mlm sesi kami da selesai. alhmdllh xde pape yg perlu dirisaukan. dibekalkan air bacaan doa utk mandi (sblm maghrib selepas asar. 3 hari berturut2) dan minum.

:)

updated 12.2.2012 : 3 hari berturut2 mandi dgn air yg dibekal. harinie selesai :)


Friday, January 27, 2012

DS

suke baca entry yanie bunny pasal DS
mmg dlm perancangan nk pegi sana jugak.
oh..baru balik dari survey DS cwngn sini sbnrnye.
dekat aje rupanye. tp ramai jugak org
insyaAllah, tgh berkira2 mahu pergi bile
kalu ada kesempatan, insyaAllah akn sampai :)

selamat hadapi weken yg indah!


Thursday, January 12, 2012

setuju?

blog TTC. follower pon mmg sah dari kalangan yg TTC jugak
kalau follower tuh bkn TTC, mesti blog tuh bkn blog TTC sepenuhnya
mesti blog tuh pasal personal life etc.
pendek kata, blog tuh dimuatkan semua cerita.bkn setakat cerita ttg TTC
setuju?

blog macam aku nie dibuat dengan tujuan utk berkongsi rasa
mahu sokongan. memberi sokongan.
mahu meluah yg terpendam
sebab bg kita yg TTC, hanya org yg alami akan dpt fahami apa yg berlaku
setuju?

jadi, bile blog TTC nie tidak difollow oleh org2 yg tak TTC,
perlu ker kita menaruh harapan tinggi pada mereka utk faham kita?
faham susah payah kita. paham usaha kita?
istilah IUI pon mereka xtahu. aku yakin. 100% yakin.
apatah lg cyst. endo. puragon. gonal F.
mereka xfaham. sb mereka xalami.
nk buat apa faham apa yg tidak berkaitan dengan mereka
bila xfaham, mereka akan bercakap yg bukan2
sakitkan hati kita
kalau boleh ditoreh hati kita, mungkin mereka nk buat. kot?
mmg sesuka hati. sebab mereka xfaham. kita pon kdgkala xkuasa nk fahamkan mereka.
semakin mereka riang gembira.
kalau kita bukan TTC, kalau kita jd mereka, kita pon mungkin xkuasa nk pening kepala fikir pasal infertility
xde kaitan dengan hidup pon
setuju?

mmg kita sedih. sakit hati.
jiwa kita musnah. harapan kita macam tergolek ke longkang bile kita termasuk dalam senarai org yg TTC
lagi bertambah pedih bila lihat org2 yg kita kdgkala rasa xlayak jd ibu. xsesuai mengandung. tp sangat mudah memperoleh rezeki itu
rs macam xadil betul!
setuju?

aku selalu mahu jd gagah. macam hulk.
boleh penyek2 org yg selalu berlaku jahat pd aku
tp aku sedar, aku manusia. bkn hulk. hulk itu besar sangat. hijau pulak tuh. mmg xsesuai
jd bila aku rs aku mahu nangis bila fikir pasal issue TTC nie, aku nangis puas2
xpayah cover2
bila aku rs mahu jd jahat. aku jawap soalan jahat org2 jahat dengan jwpn yg sakitkn hati mereka
sila jangan tiru
wpon aku tau aku akan dpt dosa.wpon kdgkala aku tau xberi efek pon pd mereka
tp lepas tuh, aku pastikan aku bangun
heyyy..hidup hari2 bkn utk nangis fikir pasal TTC aje
bkn fikir cara nk elak dari terserempak dengan siapa2
byk lagi bende nk fikir
kereta kat luar tuh pon kene fikir jugak macam mana nk bayar
setuju?

kita jgn harap org nk fahami kita. masalah kita.
susah. mustahil mungkin.
biar kita dengan hidup kita. mereka dengan hidup mereka.
kita bertanggungjawap utk carik jalan penyudah ttg isu TTC nie
kita jgn berhenti berdoa berharap agar Allah kapaskan bebanan kita
konkritkan jiwa dan kesabaran kita
tunaikan impian kita. jgn berhenti usaha. kita perlu janji dgn diri ttg itu
setuju?

bg mereka yg mulanya TTC kemudian berjaya, mulanya gemar membaca blog ttg TTC, kemudian lebih gemar baca ttg botol susu apa yg bagus dipasaran utk si comel
aku ucapkan tahniah. seikhlas nurani.
tidak perlu dibaca blog TTC lg. hidup kamu perlu kedepan
tidak usah risau tidak melawat blog TTC yg lain. hidup kamu sudah tidak sama
kamu perlu berada di tahap yg betul. berkongsi pengalaman yg lain pula
tak kan mahu jd follower setia blog TTC lagi? sudah tidak ada bersangkut dengan hidup kamu
kisah silam dan masa lalu, jgn terlalu dikenang. hidup perlu ke depan
setuju?

atas pilihan setuju atau tidak, kita yg TTC nie mmg diduga dgn pelbagai
perasaan, wang ringgit, masa, kesakitan, maruah dan kesedihan
tp ramai yg TTC sudah berjaya
mereka juga berkorban bende yg sama dulu kan
insyaAllah akan tiba masa kita. positif, teruskan!
setuju?
:)



Wednesday, January 11, 2012

tiga puluh

angka menginjak ke tiga puluh tahun ini
oh..bln sept 2012 nnti (nak jugak..)
dan iya.. masih belum diberi rezeki anak
boleh tak kamu diluar sana xpayah nk mengingatkan aku yg angka 30 itu sudah harus ada anak
paling koman pon satu?

kalau anak itu boleh dibeli, aku da beli 4 yer

sekian.

nama sy JD. sy newbie dekat sini. next Q?

kerja baru. jumpa org baru. alhamdulliah semua ok sepjng 3 hari di tmpt baru
doakan sy berjaya di sana
nk kerja rajin2 :)

dan spt biaser, akan ramai yg bertanya ttg anak
sebab tuh kdgkala aku mengelak utk soalan2 begitu
kdg2 macam status diri pon malas nk diheboh2kan
siapa yg tau, tahu la (tp majoriti mmg da tau aku dah kawen)
sb bile dorang da tau kite da kawen, soalan anak da berapa, da kawen berapa lama etc dan semua yg berkaitan kehamilan akan menjadi soalan susulan.

tuh mmg soalan biasa. tp boleh tak malas nk jawap?


congrat 'nak pregnant'

dan yup.. Allah itu kan maha mendengar :)

moga dipermudahkan segalanya
tahniah ats berita gembira ini !!!

doakan hanya yg terbaik utk kamu dan suami! :)


Tuesday, January 3, 2012

berurut D9

habis td sesi berurut.
usaha 2012 da bermula.
xde ape sangat nk diceritakan. urut kunci katanye (?).
tp mmg da lega la sb da habis mengurut nie


nk habiskan ubt herba pulak.

oh...alhamdullilah period da habis 31.12
nasib baik x meleret2. 6hari aje. syukur.
kalau x, mesti pening kepala nk pikir pasal period plak
harap2 lepas nie, cycle period macam biase.



updated : 23.1.2012 da period. dan period cantik dan lancar. pregnant? blom lg.


Sunday, January 1, 2012

permulaan baru 2012


impian yg xpernah putus. moga dikurniakan rezeki anak yg soleh dan solehah tahun nie.amiin :)