gerun kan baca tajuk nie
biasa la. aku pon :)
tajuk nie aku rs mesti pernah dibincang atau ditanye pada suami masing2.
dan iyer..aku pernah. berapa kali? entah
jawapan yg lazim aku terima, mesti la en suami xmahu
aku tanye dia kenapa, dia jawap, cukup kalau hanya ada aku.
terharu? sedih? sebak? biasa la. lgpon mmg itu jawapan yg kita mahu kan
mahu anak angkat?
jawapan? tak mahu. iye, kami xmampu nk syg anak org lain. xpernah terfikir.
aku tanye dia lagi, kalau kite ditakdirkan takde anak, macam mana?
jawapan? dia bersyukur andai aku ada di sisi. sampai akhir. dia xmintak banyak.
terharu? sedih? sebak? aku rasa mendengar jawapan itu melangkaui semua rs yang ada
aku syukur ade dia. aku syukur dengan penerimaan dia ttg semua bende.
tp dalam masa yg sama, aku tak pernah leka.
perempuan xbole terlalu bergantung pada lelaki.
masa depan xbole ramal. perlu ingt itu
masing2 ada cara macam mana mahu jaga suami sendiri kan :)
sebenarnya, aku nk cerita bende yg lain.
tentang 2 rakan sekerja. lelaki. dua2 sudah berkahwin. dua2 sudah ada anak kurang dari 2tahun
tp dua2 ada gf!
dan dua2 sanggup melepaskan isteri masing2 !
dua2 baru 3 tahun kawen ok!
gile! itu je la yg mampu aku cakap.
sebab?
dua2 cakap, dorang xdapat belaian kasih syg isteri. isteri masing2 sibuk layan anak.
dua2 cakap, dorang xlarat nk kene tolong isteri basuh lampin anak etc
gile!
aku xberminat nk masuk campur hal rumahtangga mereka, apatah lagi memberitahu isteri mereka apa yg dorang buat dibelakang
maaf, sy xminat
cuma aku tertanya2, senangnye mereka mahu meninggalkan isteri dan anak mereka hanya dengan alasan yg remeh temeh.
kenapa jd macam ni?
kite lihat mereka sudah lengkap segalanya. isteri. anak.
tp bg mereka, hidup mereka masih xlengkap. aku pon xtahu definasi lengkap mereka.
gile betul!
jadi bile aku duduk diam2, aku bersyukur dgn perjalanan hidup aku
andai aku isteri kpd 2 rakan sekerja itu, mungkin lebih perit
entah
soal suami kawen lain, siapa2 pon xakan mahu
bak kate kawan aku, baik berpisah dari dimadu
erm..mmg pon. berkongsi kasih? gile la.. siapa yg mahu?
jadi, duduk, bincang, luah tentang ini
kita perlu bersikap terbuka. topik ni sgt sensitif
dan kita xdapat nafikan bila kita berusaha tp xberjaya, kita akan fikirkan isu ini
biarlah suami berbahgia. biarlah suami dpt zuriat dengan org lain. biarlah kita merana asalkan suami gembira
hello.. nie bkn drama swasta kt TV
ni realiti
da..pergi sana bincang lekas. jgn nk fikir merepek2!
eka penah tanya pasal kawen lain tu.tp, jauh di sudut hati berkata.. skang boleh la ckp 'tanak'...tp nanti2 tak tau..jahat kan mencurigai suami sendiri...diminta jauh la dari perkara sebegini.tak ssanggup hadapi
ReplyDeleteerrrrrm. sakit nya hati!
ReplyDeletekalau boleh tak nak terjadi.
saya selalu bgtau husband..if dia nk kawen lain (xkisah la niat dia nk bantu ke ape ke),saya benarkan tp dia kena pilih la..saya atau org lain.erti kata lain..saya tak rela bermadu la..hahaha
ReplyDeleteKalau boleh jangan tanya sebab kalau sebut-sebut takut jadik sungguh. Huhu.
ReplyDeleteTapi rasanya ini dugaan hidup. Macam kita TTCians, dugaan belum ada anak, dugaan soalan menikam jiwa, dugaan emosi la kiranya.
Untuk yang dah ada anak pulak, macam dugaan fizikal sebab kena salin lampin, berebut isteri dengan anak-anak macam dalam kisah ni.
Apa-apa pun, kalau kita kembali semula pada Yang Maha Esa, tentunya kita akan bersyukur atas kurniaan Allah. Kalau kita tak connected dengan Creator kita, memang akan lupa diri macam mamat dua orang tu.
kesimpulan: anak tak jamin kebahagiaan.
ReplyDeletemaka marilah kita bahagia dengan cara kita sendiri :D
Hai JD,
ReplyDeleteYup, org 'terpilih' mcm kita mesti penah tny soklan tuh pd suami. Hehe. Tp bila baca entry awak, kesiannya kat isteri diorg. Itu dalam pada ada anak pon bole bg alasan nak kawen lain. Kalau tadek anak macam kita, entah2 awal2 lagi dah tinggalkan isteri diorg. Haishh. Pelik kan manusia nih? Tak pernah puas dengan apa yang dia ada.
:)
ReplyDeleteIn a way, mmg betul anak tk menjamin kebahagiaan. happiness lies between us. happiness is independent, happiness bukan bergantung pada faktor apa2. happiness stand alone by them self. some people yang hidup sorang2 pon can be happy, yang anak dara tua bagai. semua terletak pada diri.... yang penting jangan give in to unhappiness!! =)
ReplyDeleteand JD insya-Allah ur time will come, and bila rezeki tu datang entah2 bertambah2 special sbb u bersabar menunggu (✿◠‿◠)
hehe, ive posted b4 about kahwin lain, long entry! kalau nak baca http://findingtwolines.blogspot.com/2011/11/she-is-so-blessed.html
ReplyDelete:P hehehee
and one thing i penah terpikir, kate lah suruh suami kawin lain. then bile die kawin lain, yg bini baru tu pun takleh mengandung gak. macam mana? kawin lagi sampai mengandung? hehehehe atau ceraikan bini kedua tu and get back to us?
ReplyDeletehehe, mesti ramai terdetik dan takot suami kawin lain sbb kite tak pregnant2 tapi tak terpikir kalau pun die kawin lain, tah2 orang tu pun tak pregnant2, so how is that? :D hehehe
isk isk sabo jela
ReplyDeleteeka : tu la..mmg camtuh kan. sikit sebyk mmg kene curiga kdg2.hehe
ReplyDeletedahlia syg : sakit gile hati kan. macam2 manusia nie.
myself : a'a semua pompuan pon mmg option dia gitu. nk berkongsi? mesti la tidak mahu!
mrs ARK & aitotyati: sgt setuju! :)
ANar : thanks anar, insyaAllah. sy percaya pd ketentuanNya. sampai masa, akan ada rezeki sy :)
ily: a'a semua org pon diuji. harap dugaan xmelemahkan kita kan :)
jay: a'a kdg2 soklan mcm tuh kita xterfikir. tah hape2 kan.hehe
MJI : mmg sabo je la yg mamat 2 org nie kan :)
my mum pernah cakap juga, lelaki ni perkataan yang keluar dari mulut dia akan jadi lain tahun demi tahun..tapi apa pun yang berlaku, i redha je apa yang ditakdirkan Allah..After all, kita nak melawan takdir macam mana pulak kan..
ReplyDeleteBila baca pasal 2 orang suami tu, tak tahu apa yang dicari dalam hidup mereka kan..? kadang2 i rasa beruntung pulak sebab masih belum ada anak so we can serve our husband well..so tak ada alasan nak kata kita tak berapa layan dia sebab sibuk layan anak..