Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 4, 2012

iui # 3




alhamdullilah period smpi tepat. 
hari nie CD1. 
Iui # 3 bermula cycle ni :)
kali nie dgn ubat foliculin (Urofollitropin)
foliculin 150iu utk CD2,CD4,CD6,CD8
injection bermula besok.

folikel scan pd 12.5.2012 = CD9
doakan k!

cost harinie = rm 601.60

Monday, April 30, 2012

LIMA

29.4.2012

ulangthn perkahwinan ke 5
alhamdullilah :)


kene usaha lebih gigih nie ;)

Tuesday, April 3, 2012

IUI

rindu betul dengan ubat2 IUI
serius nie!

BFN pada IUI #1
BFP pada IUI # 2

sy sedang mencari masa yg sesuai utk bermula lg :)



updated : ingt nk buat bln nie. setelah discuss, sy nk try cycle depan. may.

Sunday, April 1, 2012

semangat


entah kenapa, aku mmg suke dekat dia.
lagu2 dia dekat dgn hati. penulisan dia punya tmpt tersendiri.
entry pasal dia, kwn baik dia Jay pon pernah publish :)

dan harinie, aku masih melihat video yg sama.
sgt memberi inspirasi
kuatnya dia. moga semangat dan kekuatan dia, turut memberi inspirasi utk kita

utk wani & shafiq, sy doakan yg baik2 selalu
utk rakan2 TTC, kamu tahu kita perlu yakin atas ketentuanNya kan

selamat berhujung minggu semua!


Wednesday, March 21, 2012

kahwin lain

gerun kan baca tajuk nie
biasa la. aku pon :)
tajuk nie aku rs mesti pernah dibincang atau ditanye pada suami masing2.
dan iyer..aku pernah. berapa kali? entah
jawapan yg lazim aku terima, mesti la en suami xmahu
aku tanye dia kenapa, dia jawap, cukup kalau hanya ada aku.
terharu? sedih? sebak? biasa la. lgpon mmg itu jawapan yg kita mahu kan
mahu anak angkat?
jawapan? tak mahu. iye, kami xmampu nk syg anak org lain. xpernah terfikir.
aku tanye dia lagi, kalau kite ditakdirkan takde anak, macam mana?
jawapan? dia bersyukur andai aku ada di sisi. sampai akhir. dia xmintak banyak.
terharu? sedih? sebak? aku rasa mendengar jawapan itu melangkaui semua rs yang ada

aku syukur ade dia. aku syukur dengan penerimaan dia ttg semua bende.
tp dalam masa yg sama, aku tak pernah leka.
perempuan xbole terlalu bergantung pada lelaki.
masa depan xbole ramal. perlu ingt itu
masing2 ada cara macam mana mahu jaga suami sendiri kan :)

sebenarnya, aku nk cerita bende yg lain.
tentang 2 rakan sekerja. lelaki. dua2 sudah berkahwin. dua2 sudah ada anak kurang dari 2tahun
tp dua2 ada gf!
dan dua2 sanggup melepaskan isteri masing2 !
dua2 baru 3 tahun kawen ok!
gile! itu je la yg mampu aku cakap.
sebab?
dua2 cakap, dorang xdapat belaian kasih syg isteri. isteri masing2 sibuk layan anak.
dua2 cakap, dorang xlarat nk kene tolong isteri basuh lampin anak etc
gile!
aku xberminat nk masuk campur hal rumahtangga mereka, apatah lagi memberitahu isteri mereka apa yg dorang buat dibelakang
maaf, sy xminat
cuma aku tertanya2, senangnye mereka mahu meninggalkan isteri dan anak mereka hanya dengan alasan yg remeh temeh.
kenapa jd macam ni?
kite lihat mereka sudah lengkap segalanya. isteri. anak.
tp bg mereka, hidup mereka masih xlengkap. aku pon xtahu definasi lengkap mereka.
gile betul!

jadi bile aku duduk diam2, aku bersyukur dgn perjalanan hidup aku
andai aku isteri kpd 2 rakan sekerja itu, mungkin lebih perit
entah

soal suami kawen lain, siapa2 pon xakan mahu
bak kate kawan aku, baik berpisah dari dimadu
erm..mmg pon. berkongsi kasih? gile la.. siapa yg mahu?

jadi, duduk, bincang, luah tentang ini
kita perlu bersikap terbuka. topik ni sgt sensitif
dan kita xdapat nafikan bila kita berusaha tp xberjaya, kita akan fikirkan isu ini
biarlah suami berbahgia. biarlah suami dpt zuriat dengan org lain. biarlah kita merana asalkan suami gembira
hello.. nie bkn drama swasta kt TV
ni realiti
da..pergi sana bincang lekas. jgn nk fikir merepek2!