Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 27, 2010

Lapar0scopy


aku rasa boleh kata setiap hari aku baca artikel pasal Lap nie. mcm2 forum, blog etc yg aku baca. da macam2 gaks yg aku senaraikan tuk tanye doktor nanti cth macam : lepas surgery bleeding bape lama? bile bleh setat bersama en suami? abnormal situation? period cycle lepas lap camne? etc. mmg macam2 aku pikir. kdg terlintas gaks yg sedia ker aku nie nk buat lap nie. sedia? mmg sangat bersedia sebenarnyer dari segi physical + mental.cuma yg belum sedia adalah dari segi knowledge. itu jer sebenarnyer..heee..yg paling risau adalah bab penjagaan after lap. yg nie kene study lagi :) tp aku rasa cam sama jek ngn mana2 operation kan. dulu aku DnC pon pantang 2 minggu. tp tuh kat umah mak aku. leh la mama aku tulun masak. skrang? aku tamo Mc lelama. dan aku nk duduk umah sendiri. ala..nanti pandai2 la aku survive. yer dak? :)

mesti ramai yg xtau mende Lap nie kan. ok, yg nie aku paste dari sini..
Laparoscopy adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.

Laparoscopy selalunya digunakan untuk:

  • merawat salur fallopian yang bermasalah
  • membuang parut dalam pelvis
  • merawat endometriosis
  • membuang ovarian cyst

  • dalam kes aku : aku nk check tiub :)
    Bagaimana prosedur dibuat?

    Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.

    itu serba sikit pasal lap. real experience nnti aku blog secara details. yer la, tuk rujukan aku gaks nanti. skrag aku tgh tunggu 1st day period. sb? sb bile period jek aku kene call TMC tuk set date bile nk buat Lap. tgh berdebar2 nk tunggu period nie. tp rasanye cam period kali nie akan terlajak sikit kot. sb aku kemain byk keje + tension sb kene kejar macam2..


    No comments:

    Post a Comment