Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

berurut D6. D7, D8

D6 = berurut bile cite ttg dhia baru aje habis
D7 = berurut bile cite ttg dhia nk mula. last episode nie. bleh plak ending dia camtuh? :(
D8 = jumaat. balik kje lmbt skit. berurut lepas ada dkt rumah dalam 10min camtuh

D9?
bersambung selasa, 2.1.2012

Tuesday, December 27, 2011

berurut D5

semalam dalam kol 11 lebih (mlm) aku dok kupas buah delima tuh
harinie setat makan
selawat, dan niat yg baik2

harinie urut pukul 8lebih. malam
baru je selesai nie.


Monday, December 26, 2011

berurut D4

hr ke 4 berurut.
setelah 5hari habis mkn sunolut. hari nie aku 1st period.period yg ditunggu2.
period yg betul2 period
sebelum nie..alahaii... asik la spotting memanjang. rimas.
harap sangat period nie seminggu nie
jgn la dia buat hal merepek2 sampai berhari2.

harinie urut pukul 10 lebih. malam

Sunday, December 25, 2011

berurut D3

oh da tanye semula..lg satu yg xleh makan = cendawan
jd, jgn bubuh cendawan dalam tomyam yer --> pesan pd org kedai ;)

harinie dpt delima + serbuk halia bara
kene rajin makan nie :)

oh..dan harinie krismas. besok cuti.
bole bgn lmbt skit. yes!

urut pagi. jam 10lebih.

Saturday, December 24, 2011

berurut day 2

ok..baru selesai urut nie.
1. info tambahan harinie : pintu rahim aku longgar. full details akan diberitahu lepas habis 9kali urut.
2. aku xleh makan : labu, tembikai, lg satu xingt plak. tp mmg aku xmakan. sb tuh aku xingt.
3. aku suruh kak ros je carikkan aku buah delima tuh.
4. aku kene minum air halia bara tuh 3kali sehari. serbuk dia= rm68 satu botol tupperware tuh. sok dapat.

nnti sambung lg ..


Friday, December 23, 2011

berurut & herba melayu

assalamualaikum :)

ok..isnin arituh aku call sorang akak nie utk berurut. sb? bdan rs xbest. lgpon dari harituh blom urut lg. akak ni direkemen oleh sepupu (sepupu kot) DH. lagipon, MIL mmg suruh sangat aku try urut dengan dia. dulu pernah la call, tp asik la masuk voicemail. rupanye hp dia kena curik. bile dia ada no baru, sepupu DH terus kasik pada MIL. MIL kasik pada DH. DH kasi pada aku. dan isnin lepas, aku call suruh dia dtg rumah urut. ok, camtuh sejarahnya.

orgnye, erm..xde la tua sangat. bawah 40 ada rasanya. waktu call tuh, dia ada tanya, aku tau x caj dia berapa. aku bitau, aku xtahu. sebab rumah dia dengan rumah aku kira jauh la jugak, dia caj aku RM85 sekali urut. aduiiii mahal nya..tp sebab mmg nk ngurut, aku ok kan aje.

jadi, sekali urut = RM85. dia urut sedap jugak. selain urut, akak nie (kak ros) suruh amik ubat herba jugak.
ni ubatnya. mahal. 10biji = RM160 (pengsan)
ada sape2 pernah mkn? aku takut la nk makan2 ubat herba camnie. kalau herba cina tuh aku ok lagi kot. ubat camnie entah nape aku seram sikit. aku google pasal ubt nie. dia ada sijil kesihatan.tp yg xsedapnya, dulu nama dia lain. skrang nama dia lain. packaging pon da tuka. DH da email pada kementerian kesihatan pasal ubt nie, tp xde jawapan plak. jd, mmg la aku xmakan2. aku KIV sahaja la ubt nie. mmg niat nk pulangkan aje nnti. akak nie akan dtg urut aku lg. menurut dia, aku perlu di urut 9kali. erm.. katanya lagi, lain org lain masalah. ada org kena 11 hari, 5 hari dll. bergantung. dan akak nie dia mengurut kt semua tmpt. ke perak. ke melaka. ke mana2 pon dia pegi. mmg traveller betul.


semalam (23.12.11), bermula la sesi urutan. kira semalam 1st day urut. hari isnin harituh xmasuk dalam kiraan. urutan perlu dibuat berterusan. tiap2 hari dia akan dtg rumah utk urut. aku perlu sediakan girdle. ok, part girdle nie aku mmg xleh tahan diri dari tanye yg bukan2.hehe. yer la aku nie sikit lagi je da macam tiang lampu rupanya. nk wat per pakai girdle? seumur idup xpernah terpikir nk pakai. kak ros ckp perlu pakai sb bile dia da urut rahim, dia xmo rahim aku tuh main lari2. ok, da alang2 urut nie, aku ikutkan aje yg mana bagus. jadi, aku umumkan aku da ader girdle skrang. nie kalau akak aku tau nie, mesti dia kagum gile. haha. itu pon aku suruh kak ros tuh pegi belikan. xsempat nk beli sendiri.


lepas selesai urut (urut xlama sangat), aku diberi minum air halia bara. dan kak ros masih mahu aku makan ubat herba tuh. lgpon, darah aku nie masih blom berhenti. sejak harituh. walau da makan sonulut :(

last2 aku makan jugak ubt nie. tawakal. moga ia xmemudaratkan. lgpon, utk sedapkan hati, aku cakap pada diri sendiri yg wife sepupu DH yg doktor tuh pon makan.

urutan masih berbaki 8hari. aku berusaha. dan aku tawakal.

oh aku perlu sediakan 3biji buah delima nanti. kak ros pesan. ermmm (?)


kos :

urut = rm85 x 10kali (termasuk hari isnin lepas) = rm 850

girdle = rm 30

ubat (setakat harinie)= rm 160


agak tinggi kosnya kan. padahal urut sahaja. aku pon fikir byk kali sama ada mahu teruskan atau tidak pada mulanya. dengan gaji yg masih belum masuk. berat la sikit.

erm..xper la, duit bole carik kan :) nanti aku sambung lg k


Sunday, December 18, 2011

tak nampak hikmah

ni entry pasal nora
kami bercerita ttg pengalaman TTC masing2. tentang usaha. tentang harapan. tentang hidup
dan kata2 akhirnya masih terngiang2

'akak nie lg la. da nk masuk 7 tahun da. terus terang akak kata, sampai sekrang akak masih xnmpk hikmah kenapa semua ni berlaku pd akak'

aku cuma diam. tersenyum
mmg benar, aku kadangkala pon sedapkan hati dengan ckp 'mungkin ada hikmah disebaliknya'

persoalannya, salah ke kalau kita masih xnmpk hikmah nya. salah ker kalau kak nora ckp gitu.
aku rs xsalah.
aku yakin dia bkn menidakkan perjalanan diatur Allah, cuma melepaskan rs yg tersimpan
aku harap dia kuat.
aku harap aku kuat
aku percaya semua yg berlaku ada hikmah disebaliknya. aku masih percaya itu :)

tentang sunolut lagi (boring)

setat amik ubat ni 14.12. 2biji 3kali sehari. pg.tgh hari. malam.
hari nie da hari ke 5 makan
ader satu malam aku xmakan sebab..erm..penat melampau + rs nk demam. lepas tuh terus tido.
ubt mmg niat takmo makan masa tu

pasal ubat nie.
aku perasan, aku xleh lmbt makan. nnti aku pedih ulu hati

dan kali nie walau aku amik ubat, dalam 16.12 gitu pon masih ada darah skit
pelik
bkn makan ubt nie patut darah berhenti serta merta ker? erm..
dulu masa makan ubt nie, hari setat makan tuh mmg darah berhenti
nie da mkn ubt pon darah still ada. tp harinie da xde da.
apapon, lega la sikit :)

updated 21.12.2011 : dulu makan sunolut darah mmg berhenti. kali nie, tidak. langsung tak. tp bkn darah fresh. darah coklat2. setiap hari ada walau makan sunolut. pelik! oh harinie habis makan.


Friday, December 9, 2011

hobi mkn ubt.

7.12.11, aku pegi TMC. suke betul dekat Dr F. rasa macam nk jumpa hari2 ;)

scan= semua clear
darah? yup..masih ada sampai harinie. takut ada apa2 yg perlu dirisau, tuh tujuan utama jumpa Dr F.

mandi wajib. solat dlm keadaan yg tidak selesa. mmg lama rupanya darah nie :(

kalau masih xberhenti, 14.12 nnti aku makan sunolut. 3kali sehari. dos plg byk.

berdebar tunggu semua nya kembali spt asal. mahu kitaran normal semula.

bila aku cerita pd kawan aku nnti aku kene makan sunolut, kwn aku cakap, aku nie xlenguh ker asik makan ubat? siapa2 yg dtg dkt tmpt aku, mesti ckp tmpt aku bau ubat. pg2 mesti ada jek ubt/pil yg aku nk telan. kalau bukak laci, lagi la kuat bau ubt. kdg2 gula2 dalam laci pon da bau ubat.

yer..aku mmg suke makan ubt. aku mmg xde masalah kalau suruh aku telan berapa byk pon. kecik, besar, vitamin. multivitamin. fish oil. clomid. sunolut. semua laa..

dipaksa. terpaksa. memaksa. lama2 jd biasa. mmg istimewa sungguh :)

Saturday, December 3, 2011

2012

xsampai 2minggu pon
tp terasa lamaaaaaaa sangat x tulis dekat sini

sy berehat. masih menunggu habis darah keluar.
tak ada apa nk update. tuh yg blog ni senyap aje :)

lg bape hari nk habis 2011 kan. kejap nya laa...
2012 diharap mendtgkan lebih bahagia
tentang TTC, sy plan macam nie utk 2012 :
1. makan fertilaid dalam 4bln. sbnrnya nk makan chinese herb. tp DH lebih prefer fertilaid. lgpon, fertilaid harituh blom habis lg. xmo bazir :)
2. pergi berurut
3. darul shifa'
4. dalam bulan 6, sy setat iui semula. lambat sgt?
sbnrnya, january akan mula keje tmpt baru. allah kasik rezeki ni pd sy. syukur :)
tempat baru. kerja baru. boss baru. performance kene tip top kan.
sebab tuh aku xmula iui pada awal 2012. mahu catch up dan kerja kuat2. bila semua da pandai, baru bole planning iui. :)

2012 mmg aku nk buat perubahan dalam hidup.
sb tu aku tukar kerja wpon keje skrang sudah ok
aku make over rumah supaya ada tenaga baru buat kami
aku berazam utk amalkan diet yg betul + seimbang (kurus sgt aku nie. huhu)

aku berdoa agar perjalanan hidup aku pd 2012 berjalan lancar
aku berdoa agar rezeki aku dimurahkan terutama rezeki anak
aku berdoa agar aku akan selalu diberikan kekuatan spjng perjlnn TTC

2012, kamu kene baik dgn sy ok? ;)