Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 19, 2012

tersepit

bile mana aku ada 2 kumpulan kawan. satu kump, masih single dan umur mereka kurang dari kita. dan satu lg umur lebih kurang sebaya dan majoriti mmg dah jd ibu.

tersepit

satu kump topiknye menjurus kepada hal2 mahu ke gerbng perkahwinan. dan apa2 sahaja topik yg aku kira sudah aku tinggalkan jauh. aku da melalui fasa itu. topik mereka sudah tidak menimbulkan minat.

satu lg kumpulan, topiknya lebih kepada pengurusan bayi dan kerenah anak2 yg mencuit hati. topiknya menarik. tp aku tidak mampu menyumbang apa2. cuma mampu memberi ilmu apa yg pernah dibaca sahaja. baca dan pengalaman sendiri mmg jauh sangat bezanya kan :)

tersepit

jadi kamu rs aku perlu makan lunch dengan grup mana?




p/s: aku rs aku perlu berhenti menaip sebarang entry buat seketika. mungkin period sudah nk dtg la nie. emosi aje


updated 21.3.2012 : oh... da xpayah nk tersepit2 da, aku la selalu pencetus topik time makan. da xpayah nk pening2..entry time PMS mmg gitu..hehehe



Friday, February 17, 2012

bayi comel dan sebak

melawat si comel yg baru lahir di rumah sebelah
bau baby mmg indah kan
waktu dukung tu, rs macam sayu sgt
macam mahu menitik air mata
entah kenapa
kalau aku melawat anak org lain, tidak la ada perasaan sebegitu
tua sgt da ker aku nie. tgk baby kecil yg masih tido pon bole mengundang rs sebak.

aku : akak da masuk 4 da kan. sy nie satu pon xde lg
jiran : insyaAllah nnti ada la tu
aku : pjm bawak balik bole
jiran : eh bole..pjm la.
aku : *sambil dukung* sy nie bile la nk dpt baby camnie kan kak
jiran : ala..akak pon. tiap2 kali nk ngandung mesti nk kene makan pil segala. yg nie aje yg tak. balik haji haritu terus ada. insyaAllah2

1. aku mmg xsegan langsung kalau nk ckp bab2 infertility dgn jiran aku nie. sb dia memahami. dia juga perlu mkn ubt2 utk mengandung. clomid mmg memberi kesan ke atasnya. dia conceived apabila makan clomid tiap2 kali.
2. dia xspt jiran dalam drama2 tv yg suke memandang rendah org yg TTC. mungkin dia mempunyai didikan agama, berpendidikan dan usia yg lebih byk dr aku. aku dpt rskan sokongan dan luhur hatinya hanya dengan mendengar tiap baris ayat yg keluar dr mulutnya. sb tuh kdgkala aku xkisah meluahkan rs pada dia
3. apabila aku pegang anaknya, mmg rs sebak sgt. tp aku sekat dr terlihat dr zahir. macam2 persoalan. bile giliran aku. macam mana agaknya rupa anak kami. ada rezeki aku ke nanti? erm..pompuan mmg byk berfikir kan :)

Thursday, February 16, 2012

loser

ada org tanye harinie
lelaki. mmg byknye la hai lelaki kat tmpt aku nie.

situasi 1 :

dia : da lama kawen?
aku : erm..ada la beberapa tahun.
dia : berapa tahun?
aku : erm..entah..xingt.. 2 tahun kot? (ok tipu)..
dia : heheh..apa la ko nie..kawen da bape tahun pon x ingt. xper lom ada rezeki. aku dulu kawen dekat setahun lebih pon lom ada anak lg.
aku : skrang da ada berapa
dia : da ader 3 (senyum)

1. aku xberniat nk tipu aku da kawen bape lama. aku cuma malas utk dengar soalan susulan. dan aku malas nk dengar ayat2 simpati.
2. tp sebenarnye dia nie jenis sempoi. dr nada dia, mmg dia nk bitau aku, dia pon alami zaman xde anak dulu. dia mmg x niat nk riak2 ada anak 3. dan aku tahu dia sgt maksudkan supaya aku jgn risau.
3. bole x aku ckp aku segan/malu sgt nk cite pasal2 bape lama kawen etc (??) tah hape kan aku nie. 3 vs 0? ok.. aku kene pikir topik lain dgn pantas!

situasi 2 :

dia : anak da berapa
aku : 4
dia : ohh bgsnye, murah rezeki ko kan
aku : seriously ngko!!! ko percaya?
dia : percaya la.
aku : aku mls nk jawap. next question.

1. da patut sgt muka aku nie anak 4 kot? T_T
2. sempoinye la dorang nie. aku jwp sesukati hati pon dorang percaya. haih


* 2 situasi yg lain. 2 org yg lain. 2 bapak budak yg lain. tp yg sama, iye aku rs loser. sekian.




Sunday, February 12, 2012

usaha diteruskan

azam 2012
aku pernah buat entrynya di sini
planning nya begini :
1. fertilaid
2. darul shifa
3. berurut
4. iui
semua nya adalah planning 1st half 2012.
result?
1. fertilaid (in progress)
2. darul shifa (done)
3. berurut (done)
4. iui

sbnrnya xsaba2 nk buat iui lagi. tp keadaan kerja tidak mengizinkan. masih byk yg perlu di catch up. MC dan amik cuti bukan satu pilihan.

aku teruskan dengan fertilaid. 3 botol. 3 bulan. bermula harinie. doakan :)

Wednesday, February 8, 2012

tajuk berita


semua da baca berita ni kan :)

4 org
kembar xseiras
iui

alhmdllh! seronok baca kn !


Tuesday, February 7, 2012

darul.shifa'

# 27.1.12, jumaat

survey kat mana DS nie.
dan yup..ramainya org.
DS sini cuma selasa dan jumaat sahaja.
utk senarai penuh DS, boleh klik sini

# 31.1.12, selasa

setuju utk pergi selasa. mungkin xberapa ramai org. ikut website, sessi adalah selepas isya'. sampai sana dalam pukul 8.45pm. org xramai pon masa nie. cuma kami dan makcik + anaknya sahaja.

DS dekat sini = rumah 2tingkat. milik ustaz.

waktu kami sampai, pintu rumah masih belum dibuka. cuma gate sahaja yg terbuka. kami masuk dan ambil no giliran. sebab kami berdua mahu jumpa, ambil 2 nombor. giliran kami = 14, 15
dalam pukul 9.15pm, ustaz sampai dr surau. pintu rumah nya kini dibuka. semua yg dtg, masuk ke ruang tamu. oh..air mineral boleh dibeli dgn harga rm2/botolkami tunggu hingga giliran kami disebut. jam 10.45pm, angka giliran di no 6. org dkt luar ramai betul. besok keje pulak. larat ker kami nk tggu sampai giliran 14? dengan belum dinner. ingt selasa x ramai org. dari yg kami dengar, sessi kdgkala sehingga jam 2-3am. akhirnya, kami balik. mungkin pegi lain hari. xlarat mahu tggu sb besok perlu bangun pagi utk keje

# 3.2.12, jumaat

balik keje awal. pukul 5 da bertolak dari opis. sampai DS dalam pukul 5.30pm. oleh sb no giliran bole diambil dari jam 3pm, aku yakin aku akan dpt giliran no 10 ke bawah. lgpon baru pukul 5.30pm kn. ohh..aku juga nk pulangkan no 14,15 yg haritu. harituh balik tanpa pulangkan no giliran. sebab ingt nk pergi dinner sahaja mulanya.

sampai sana, angka giliran adalah no 16! (T_T)
dekat tangan aku no 14 & 15. jadi? aku xamik pon no. baik guna no yg ada di tgn aku kan?

akhirnya, kami xpegi jugak. no 14,15 mungkin sesinya 12.30tgh malam kot. sudah mengantuk.

oleh sb jhr cuti isnin & selasa (maulidur rasul & thaipusam), DH janji mahu pergi ambil giliran seawal 3pm. sebab aku keje 2 hari tu. oh..dan mmg perlu pulangkan no 14,15. da lama sgt kat tgn kami.

# 7.2.12, selasa

DH sampai tepat jam 3pm tuk amik nombor. dan teka kami dpt nombor berapa kali nie. 1? tidak. 2? tidak. 3? tidak. eh..kan baru jam 3ptg. bkn nombor boleh diambil bermula jam 3ptg? kenapa xleh dpt no 3 sekalipon. mungkin org da amik no awal2 kot. erm? dan, kali ni kami dpt no 6. ok la kan :)

bertolak dari rumah jam 10mlm. dekat shj. kurang 10min da sampai sana. kami bajet no 6 dalam pukul 10.45mlm.

dan rupanya 10.51mlm sesi kami da selesai. alhmdllh xde pape yg perlu dirisaukan. dibekalkan air bacaan doa utk mandi (sblm maghrib selepas asar. 3 hari berturut2) dan minum.

:)

updated 12.2.2012 : 3 hari berturut2 mandi dgn air yg dibekal. harinie selesai :)