Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 9, 2011

rahim terbalik/ retroverted uterus/ tipped uterus / tilted uterus

Apa itu rahim terbalik atau rahim retroverted?Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali.
Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:

Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan
Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid
Gejala lain yang sangat jarang ialah:
sakit belakang
sakit semasa kencing
masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:

Pemeriksaan pelvis atauvagina
Pemeriksaan imbasan ultrasound
Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada saya?

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami
Sakit senggugut yang keterlaluan
Haid yang tidak teratur
Masalah keguguran

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?


Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain

credit : here, here


No comments:

Post a Comment