aku rasa aku patut tulis pasal bende ni. sb rupanya ramai yg alami. percayalah, bende nie bkn hanya terjadi kat org2 TTC (certain) shj, org2 lain pon pernah mengalaminye. cuma berbeza sebab, tahap stress dan tempoh masa :)
camnie...pernah xkorang rasa korang berada dalam satu keadaan/tahap di mana korang xmo jumpa orang, korang rasa nk menyendiri. berada dalam dunia korang sendiri. dunia yg dikongsi bersama org2 yg terlalu dekat sahaja dengan korang. dunia yg kecil. dunia yg hanya kamu dan beberapa org yg bole dikira dengan jari kamu sahaja yg duduk? hanya dengan cara nie kamu akan rasa lebih baik. lebih bahagia. tp kamu bukanlah menjadi katak di bawah tempurung. kamu masih kamu. ceria, peramah, baik hati, manis macam gula. macam dulu. sama. cuma kamu hanya mahu mengecilkan populasi org utk kamu berinteraksi. pernah berada dlm keadaan tu? pernah? jujurnye, aku pernah. tp aku sudah melepasi tahap itu.syukur :)
pernah rasa yg kamu xmo pegi kenduri kawen sb nnti byk sangat soalan nk ditanya kepada kamu. pernah rasa xmo balik kg nnti byk soalan2 yg merimaskan muncul? pernah rasa xmo bercakap dengan orang2 tertentu sb mereka xpernah endah hati dan perasaan kamu. pernah? ok yg nie aku xpernah (kot). jujur. cuma kalau aku xpegi kenduri tuh bkn sb aku malas nk jawap soklan bkn2. kdg2 keadaan xmengizinkan. kwn2 aku baik2. kalau dorang tanya bkn2, aku lempang aje sekali. senang.hehehehe :)
apa yg aku nk hghlight kat cni, keadaan camnie (menyendiri) adalah normal. dan normal itu bergantung kepada sebab kenapa kita buat macam tuh. kenapa kita nk berada dalam dunia kita sendiri. bagi aku, mmg satu tahap, satu masa tuh kita nk menyendiri. nk muhasabah diri. nk berfikir apa yg terbaik utk diri. kenal diri kita. kita mahu ruang. ruang yg besar. hanya utk diri sendiri. mahu cari kekuatan. lain orang lain dugaan kan :)
tp kalau sebab kita buat camtuh adalah sebab kita rasa loser, itu yg salah (bg aku la). kita rasa loser sb kawan kite pregnant dulu,kite xdpt bb lg. rasa loser sb kita xkawen2, kita xdapat2 keje lg. jd kita membuat keputusan utk menyisihkan diri. yg nie salah. kita membina tembok dalam diri!
fuhhhhh... da macam ayat buku sastera cum buku motivasi. apa yg aku nk korang paham, tindakan berada dalam dunia kecil itu, kalau di biarkan lama, hanya merugikan. sekejap xpe. dan sekejap itu berapa lama masanya? kamu nilaikan :) andai sudah ader kekuatan yg dicari, andai sudah jumpa haluan yg benar, andai sudah selesai muhasabah diri,itulah masanya. keluarla dr dunia kecil itu :)
hidup kan bersifat sementara. xtau bila kita mati. sedih dan gembira mmg lumrah hidup. semua orang alami. cuma berlaku adil la pada diri. byk lg bende yg gembira utk disyukuri. jgn duduk dalam gua tuh lama2 eh :)
eh ader ker orang phm entry aku nie? assalamualaikum :)