blog TTC. follower pon mmg sah dari kalangan yg TTC jugak
kalau follower tuh bkn TTC, mesti blog tuh bkn blog TTC sepenuhnya
mesti blog tuh pasal personal life etc.
pendek kata, blog tuh dimuatkan semua cerita.bkn setakat cerita ttg TTC
setuju?
blog macam aku nie dibuat dengan tujuan utk berkongsi rasa
mahu sokongan. memberi sokongan.
mahu meluah yg terpendam
sebab bg kita yg TTC, hanya org yg alami akan dpt fahami apa yg berlaku
setuju?
jadi, bile blog TTC nie tidak difollow oleh org2 yg tak TTC,
perlu ker kita menaruh harapan tinggi pada mereka utk faham kita?
faham susah payah kita. paham usaha kita?
istilah IUI pon mereka xtahu. aku yakin. 100% yakin.
apatah lg cyst. endo. puragon. gonal F.
mereka xfaham. sb mereka xalami.
nk buat apa faham apa yg tidak berkaitan dengan mereka
bila xfaham, mereka akan bercakap yg bukan2
sakitkan hati kita
kalau boleh ditoreh hati kita, mungkin mereka nk buat. kot?
mmg sesuka hati. sebab mereka xfaham. kita pon kdgkala xkuasa nk fahamkan mereka.
semakin mereka riang gembira.
kalau kita bukan TTC, kalau kita jd mereka, kita pon mungkin xkuasa nk pening kepala fikir pasal infertility
xde kaitan dengan hidup pon
setuju?
mmg kita sedih. sakit hati.
jiwa kita musnah. harapan kita macam tergolek ke longkang bile kita termasuk dalam senarai org yg TTC
lagi bertambah pedih bila lihat org2 yg kita kdgkala rasa xlayak jd ibu. xsesuai mengandung. tp sangat mudah memperoleh rezeki itu
rs macam xadil betul!
setuju?
aku selalu mahu jd gagah. macam hulk.
boleh penyek2 org yg selalu berlaku jahat pd aku
tp aku sedar, aku manusia. bkn hulk. hulk itu besar sangat. hijau pulak tuh. mmg xsesuai
jd bila aku rs aku mahu nangis bila fikir pasal issue TTC nie, aku nangis puas2
xpayah cover2
bila aku rs mahu jd jahat. aku jawap soalan jahat org2 jahat dengan jwpn yg sakitkn hati mereka
sila jangan tiru
wpon aku tau aku akan dpt dosa.wpon kdgkala aku tau xberi efek pon pd mereka
tp lepas tuh, aku pastikan aku bangun
heyyy..hidup hari2 bkn utk nangis fikir pasal TTC aje
bkn fikir cara nk elak dari terserempak dengan siapa2
byk lagi bende nk fikir
kereta kat luar tuh pon kene fikir jugak macam mana nk bayar
setuju?
kita jgn harap org nk fahami kita. masalah kita.
susah. mustahil mungkin.
biar kita dengan hidup kita. mereka dengan hidup mereka.
kita bertanggungjawap utk carik jalan penyudah ttg isu TTC nie
kita jgn berhenti berdoa berharap agar Allah kapaskan bebanan kita
konkritkan jiwa dan kesabaran kita
tunaikan impian kita. jgn berhenti usaha. kita perlu janji dgn diri ttg itu
setuju?
bg mereka yg mulanya TTC kemudian berjaya, mulanya gemar membaca blog ttg TTC, kemudian lebih gemar baca ttg botol susu apa yg bagus dipasaran utk si comel
aku ucapkan tahniah. seikhlas nurani.
tidak perlu dibaca blog TTC lg. hidup kamu perlu kedepan
tidak usah risau tidak melawat blog TTC yg lain. hidup kamu sudah tidak sama
kamu perlu berada di tahap yg betul. berkongsi pengalaman yg lain pula
tak kan mahu jd follower setia blog TTC lagi? sudah tidak ada bersangkut dengan hidup kamu
kisah silam dan masa lalu, jgn terlalu dikenang. hidup perlu ke depan
setuju?
atas pilihan setuju atau tidak, kita yg TTC nie mmg diduga dgn pelbagai
perasaan, wang ringgit, masa, kesakitan, maruah dan kesedihan
tp ramai yg TTC sudah berjaya
mereka juga berkorban bende yg sama dulu kan
insyaAllah akan tiba masa kita. positif, teruskan!
setuju?
:)